Bukan gimik, Nabila Razali bakal tamatkan zaman bujang

Bukan gimik, Nabila Razali bakal tamatkan zaman bujang

 

Melalui laman Instagram penyanyi dan pelakon, Nabila Razali yang terbaru, dia memuat naik foto memaparkan dirinya sedang dilamar oleh kekasih hati.

Dapat dilihat dalam gambar tersebut teman lelaki Nabila sedang melutut seakan-akan mahu menyarungkan cincin ke jari penyanyi tersebut.

Sebelum ini, ada khabar angin mengatakan Nabila sudah bertunang dengan kekasih tetapi netizen kebanyakkannya tidak mempercayai perkara tersebut memandangkan penyanyi itu sering membuat gimik ‘kahwin’ ataupun ‘putus cinta’ jika hendak mengeluarkan lagu baru.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata rakan selebriti serta peminat mengucapkan tahniah buat Nabila dan pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

komen

komen