Bukan hanya pandai masak sambal sotong, kali ini Ira Kazar tunjuk bakat main gitar sambil nyanyi pula

Bukan hanya pandai masak sambal sotong, kali ini Ira Kazar tunjuk bakat main gitar sambil nyanyi pula

 

Walaupun jarang naik hantaran terbaru di Instagram, namun pelakon Ira Kaza rupa-rupanya sangat aktif berkongsikan gambar dan video kepada pengikutnya melalui Insta Story.

Terbaru, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu ada memuat naik dua rakaman video memaparkan dirinya memetik gitar sambil menyanyikan sebuah lagu Inggeris.

Ira ‘belanja’ main gitar & suara

 

Walaupun kelihatan menghadapi kesukaran dalam menukar kord secara lancar, Ira bagaimanapun masih berjaya dalam menyampaikan lagu tersebut dengan sangat baik.

Dalam pada itu, wanita berusia 28 tahun itu mendendangkan lagu berjudul Best Part nyanyian Danial Caesar dengan merdu walaupun mengaku dirinya tidak menghafal lirik sepenuhnya.

 

Minggu lalu, Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin menjadi tumpuan warganet apabila berkongsi resepi sambal sotong yang menjadi menu kegemaran Syamsul.

Susulan itu, anak kepada pelakon veteran Kaza Saisi itu rajin berulang siar Story pengikut yang ‘terpengaruh’ menyediakan juadah tersebut untuk keluarga masing-masing.

Namun begitu, terdapat juga sesetengah yang mengadu nasib kepada Ira memberitahu mereka tidak sempat membeli sotong di pasar kerana stok sudah habis dijual.