“Bukan konten tapi benar” – Siti Jamumall dedah sudah cerai dengan suami, netizen dakwa gimik jual produk

“Bukan konten tapi benar” – Siti Jamumall dedah sudah cerai dengan suami, netizen dakwa gimik jual produk

Pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall mendedahkan rumah tangganya bersama suami Mohammad Syafiq Irfan Azman sudah berakhir dengan penceraian.

Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia terpaksa membuat pengakuan itu bagi mengelakkan fitnah apatah lagi mengundang perbualan kurang enak dalam kalangan netizen.

Dah lama cerai tanpa dedah tarikh

@jamumalldotcom

Semoga aku terus kuat demi anak2

♬ original sound – Jamumalldotcom – Jamumalldotcom

Orang banyak buat fitnah dan banyak komen-komen yang tak best. Saya terpaksa menjelaskan perkara ni. Ini dugaan bagi saya, tak nak cerita lebih-lebih tapi saya sekarang ini adalah ibu tunggal,” katanya menerusi satu video di aplikasi TikTok.

Wanita berusia 33 tahun itu berkata, dia enggan mendedahkan punca perpisahan tersebut sebaliknya ingin terus mencari rezeki terutama secara dalam talian bagi menyara dua orang anak lelakinya.

“Saya cari rezeki untuk anak-anak saya. Saya tak mahu menangis atau minta simpati, ramai ibu tunggal di luar sana yang tengah kuat membesarkan anak-anak.
“Saya buat live, meniaga bagi mencari rezeki. Saya tak baik mana, banyak jahat saya. Kalau tengok saya memekik selama ni, itu hanyalah konten untuk segmen live,” ujarnya.

Sementara itu, dia turut membalas beberapa komen netizen termasuk menafikan bahawa ia adalah salah satu strategi pemasaran atau konten bagi menjual produk miliknya.

“Ni bukan konten, memang benar”

“Punca biarlah Siti saja tahu”

 

 

Siti kuat!

Dulu kahwin, mereka tak sekufu

Untuk rekod, Siti dan Mohammad Syafiq berkahwin pada 2019 dan mula mendapat perhatian selepas tular berhubung anak keduanya yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi pasangan lain sekitar Jun tahun 2021.