Bukan Najib, rupanya ini kisah ‘scammer’ termasyhur di dunia

Bukan Najib, rupanya ini kisah ‘scammer’ termasyhur di dunia

Bernie Madoff, scammer paling power dalam sejarah.

Latar belakangnya bukan biasa-biasa. Dia adalah bekas pengerusi Nasdaq, malah dia antara yang melancarkan Nasdaq, memliki firma pelaburan besar dan antara ikon pelaburan yang sangat dihormati.

Namun, pada 11 Disember 2008, penipuan Bernie berakhir apabila dia mengakui kepada anaknya bahawa skim pelaburan miliknya adalah skim cepat kaya ‘skim Ponzi’ (skim Piramid).

‘Keuntungan’ yang diberi kepada pelabur sedia ada hanyalah duit yang didapati dari pelabur baru.

Anak Bernie kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa dan Bernie diberkas.

Jumlah penipuan skim Bernie dianggar mencecah USD 65 Billion dan dia dijatuhkan hukuman penjara selama 150 tahun.

Skim Ponzi milik Bernie menjanjikan pulangan yang tinggi serta menarik minat selebriti-selebriti seperti Steven Spielberg dan Kevin Bacon untuk menampakkan kredibiliti.

Kisah Bernie Madoff ini telah dijadikan sebuah filem bertajuk Wizard of Lies yang dilakonkan oleh Robert de Niro.

Bernie Madoff meninggal dunia pada April 2021. Sebelum itu, anaknya telah membunuh diri pada tahun 2010 pada hari ulang tahun Bernie ditahan polis.

Sumber : Fathul Farisan