“Bukan salah saya hahaha” – Ira Kazar teruja sotong ‘sold out’ di pasar dek penangan resipi air tangannya

“Bukan salah saya hahaha” – Ira Kazar teruja sotong ‘sold out’ di pasar dek penangan resipi air tangannya

 

Beberapa hari lalu, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkongsi sebuah resepi dan petua untuk memasak sambal sotong sebagai salah satu tips pengikat perut suami.

Perkongsian Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin menerusi hantaran di Insta Story telah menjadi bualan ramai, malah menjadi ikutan warganet mencuba resepi yang dikongsikannya.

Penangan resepi Ira, sotong terus habis kat pasar!

Ia dapat dilihat dengan jelas apabila Ira tidak menang tangan untuk ‘repost’ hantaran netizen di Insta Story miliknya apabila mereka juga turut terjebak menyediakan sambal tumis sotong untuk suami masing.

Malah, terdapat juga pengikutnya mengadu nasib dan memberitahu mereka tidak berkesempatan untuk membeli sotong di pasar kerana ia sudah habis dijual gara-gara perkongsian resepi Ira baru-baru ini.

“Sotong out of stock dekat pasar ni. Semua masak sotong ke harini,” adu pengikut.

Bagaimanapun, Ira memaklumkan ia bukan salah dirinya sekiranya stok sotong habis dijual di pasar.

“Ya ampun, serius ke ni? Ramai cakap benda sama ni. Bukan salah saya (ketawa),” jawabnya.

Sebelum ini, pengarah Syamsul Yusof membuat pengakuan mengejut dengan memaklumkan dia dan Ira Kazar sudah pun berkahwin di Thailand pada 6 Januari lalu.

Syamsul juga pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres jelita, Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014, namun mereka bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.