Bukan sebab orang ketiga, Diana Rafar akhirnya buka cerita punca pernah minta cerai dari Zamarul Hisham

Bukan sebab orang ketiga, Diana Rafar akhirnya buka cerita punca pernah minta cerai dari Zamarul Hisham

 

Baru memasuki pertengahan April 2023, begitu ramai artis mendedahkan tentang keruntuhan rumah tangga mereka sehingga mengejutkan ramai.

Pernah berada di fasa sama, pasangan selebriti, Zamarul Hisham dan Diana Rafar sempat mengenang cerita mereka saat berpisah pada Februari 2015 sebelum rujuk semula Mei 2015.

Puncanya bukan sebab orang ke-3…Sebenarnya atas kesibukan masing-masing

Mengimbau semula keputusan untuk berpisah, mereka akui kedua-dua ada kelemahan yang menyumbang kepada faktor hubungan menjadi renggang.

Diana saat itu sedang aktif sebagai penyanyi dan Zamarul pula selaku pelakon seakan terlalu sibuk sehingga terlupa mengutamakan pasangan.

Selain kesibukan kerja, Zamarul pernah ‘gila’ aktiviti basikal sehingga terlupa menghargai isteri.

Bayangkan saat itu, dia telah membeli sekitar 14 buah basikal ratusan ribu ringgit dan telah menipu Diana tentang harga sebenar.

Lama kelamaan, nilai kemesraan mulai menghilang.

Allah bagi Abang berfikir…Kalau Abang cari lain, boleh…Tapi aku dapat lagi baik dari dia ke?

Kerana mengikut emosi dan silaturahim mula ‘panas’, Diana kemudiannya meminta untuk dilepaskan.

Meskipun awalnya masih sabar, Zamarul akhirnya akur dengan desakan si isteri.

Namun peliknya, penyanyi berkenaan terus merasa tidak tenang dan sangat menyesal sujurus talak dilafazkan.

Bahkan keesokan hari, dia sudah terfikir bagaimana untuk kembali bersama.

Sepanjang waktu itu, Zamarul yang tinggal berasingan di hotel berdekatan rumah mereka akui kemelut tersebut meranapkan emosi hingga fikirannya terganggu di set penggambaran.

Allah bagi Abang berfikir…Kalau Abang cari lain, boleh…Tapi aku dapat lagi baik dari dia ke?

Akan tetapi, jodoh mereka berdua memang benar-benar kuat. Zamarul dan Diana terus bermuhasabah diri selama 4 bulan lalu menyedari rasa sayang itu masih ada.

Sepanjang waktu itu, mereka akui didatangi ramai orang termasuklah yang menghasut untuk mencari pengganti baru.

Mendepani fasa getir sebegitu, kedua-dua pihak memainkan peranan penting untuk memperbaiki hubungan.