Bulu mata menggoda, Che Ta antara artis yang ‘mencabar’ nafsu saya – David Teo

Bulu mata menggoda, Che Ta antara artis yang ‘mencabar’ nafsu saya – David Teo

 

Gara-gara terpesona dengan kecantikan Rozita Che Wan, penerbit terkenal Datuk David Teo mengakui pernah mengalami kesukaran untuk berurusan dengan aktres jelita tersebut.

Menurut laporan Utusan, penerbit berusia 59 tahun itu berkata, Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta itu memiliki kecantikan sendiri sehingga sukar untuk bertentangan mata.

“Antara artis yang ‘mencabar’ nafsu saya adalah Rozita Che Wan. Tapi bukannya dia goda saya, cuma bagi saya dia sangat cantik, bulu matanya menggoda.

“Kami pernah bekerjasama dalam sebuah filem dimana dia lakonkan 17 babak kesemuanya. Memang sukar untuk berurusan dengannya kerana dia terlalu cantik. 

“Membuatkan saya terpaksa mengalih pandangan ke arah lain agar tidak bertentang mata dengannya,” kata pengasas Metrowealth International Group (MIG) itu.

Sementara itu, beliau mendedahkan dirinya turut mempunyai pengalaman digoda sepanjang berkecimpung dalam industri seni namun berjaya menepis godaan tersebut.

“Sepanjang menjadi penerbit, saya tidak pernah digosipkan berskandal dengan mana-mana pelakon wanita. Memang saya pernah digoda, tapi saya berjaya tepis,” ujarnya.