Bung Mokhtar, Zizie hanya selangkah lagi mengikut jejak Najib & Rosmah ke penjara

Bung Mokhtar, Zizie hanya selangkah lagi mengikut jejak Najib & Rosmah ke penjara

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Bung Moktar, 64, dan Zizie Izette, 44, di akhir kes pendakwaan.