Bursa Malaysia dibuka rendah susulan desas-desus PRU15 awal

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan desas-desus PRU15 awal

Penganalisis berkata saranan mengenai PRU15 meningkatkan kebimbangan para pelabur yang ia akan diadakan awal tahun depan selepas pandemik Covid-19 dapat dikawal.

KEGIATAN pembelian berterusan dalam kalangan pelabur berikutan desas-desus mengenai pilihan raya awal yang semakin nyata menyebabkan Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 7.31 mata pada 1,487.89 selepas dibuka 0.89 mata lebih rendah pada 1,493.31.

 

Sumber: The Malaysian Insight