Butang ini penting ada pada kereta, tapi ramai tak tahu dan jarang gunakan, ini fungsinya

Butang ini penting ada pada kereta, tapi ramai tak tahu dan jarang gunakan, ini fungsinya

Biasanya, buku manual yang disertakan bersama produk yang kita beli jarang kita ambil kisah sangat kan? Kalau ada yang betul-betul menelaah buku manual tersebut, memang boleh dianggap sebagai manusia yang luar biasalah.

Kertas ini telah ditulis oleh Alethea L Blackler, Rafael Gomez, Vesna Popovic, dan M Helen Thompson. Kertas kajian tersebut telah menggariskan dua isu yang sering berlaku terhadap pengguna yang menggunakan produk setiap hari.

Menariknya, pengkaji mendapati pengguna bukan sahaja tidak membaca buku manual, mereka juga juga cenderung untuk tidak menggunakan secara penuh semua fitur yang tersedia bersama sesuatu produk.

Butang penting dalam kereta tapi ramai jarang guna

Menurut kajian itu lagi, manusia hanya membaca 25 peratus buku manual dalam kehidupan mereka. Lebih menarik, golongan lelaki lebih cenderung untuk membaca buku manual dan menggunakan semua fitur yang ada berbanding wanita.

Manakala golongan muda dan terpelajar pula didapati kurang cenderung untuk membaca buku manual sama sekali.

Maka, tak hairanlah ada yang tak kenal pun semua fungsi butang-butang, misalnya dalam kereta biarpun dah bertahun memilikinya.

Lagi-lagi, apabila butang tersebut hanya perlu digunakan dalam waktu-waktu tertentu sahaja. Jika tiada apa yang berlaku, memang tidaklah butang itu nak disentuh, kan?

Apa benda ni? Kenapa butang pelik ni ada dekat kereta aku? 

defog defroster butang fungsi

Dalam satu video TikTok yang dihantar menerusi akaun @abangrecond.uv, lelaki ini menjelaskan fungsi butang yang agak jarang digunakan dalam pemanduan seharian.

Butang tersebut dikenali sebagai ‘DeFog’ atau ‘DeFroster’. Biasanya, butang ini terletak berdekatan dengan butang pendingin hawa dan pemain media.

Menurut Abang Recond, butang ini berfungsi untuk menghilangkan kabus yang berada pada cermin belakang kereta. Kabus tersebut dihasilkan menerusi proses kondensasi yang menukarkan wap air kepada titisan air.

Secara kebiasaan, kita akan mengelap bahagian cermin kereta yang kurang jelas sebelum memulakan perjalanan pada waktu pagi.

Bagi kereta yang memiliki wiper pada bahagian belakang pula, mereka akan memandu kereta sambil menghidupkan wiper tersebut.

Namun, kita tidak dapat mengelap bahagian cermin belakang ketika memandu kereta sedan yang tidak memiliki wiper pada bahagian belakang.

Salah satu cara untuk untuk menghilangkannya adalah dengan menghidupkan butang DeFog dari dalam kereta. Selepas menekan butang ini, kabus yang menghalang pandangan pemandu akan hilang secara perlahan-lahan.

@abangrecond.uv

Lepasni boleh la guna dekat kereta korang #tipskereta

♬ Calm Down – Rema

Walau bagaimanapun, pengguna disarankan untuk tidak menghidupkan butang ‘DeFog’ ini dalam jangka masa yang lama. Ia dikhuatiri akan memberi kesan terhadap cermin belakang, khususnya bagi kereta yang dipasangan dengan tinted pada bahagian tersebut.