“Cakap aku pelacur Vietnam? Kau orang ke binatang…?” – Tiger of Al Quds cari lelaki hina isterinya dengan komen jelik

“Cakap aku pelacur Vietnam? Kau orang ke binatang…?” – Tiger of Al Quds cari lelaki hina isterinya dengan komen jelik

Nampaknya isu selebriti dihujani dengan komen jelik dalam laman media sosial mereka semakin menjadi-jadi.

Belumpun reda dengan isu bekas pelawak kumpulan Sepahtu, Shuib yang berdepan tuduhan sebagai ‘ejen Fr**ma**n’ baru-baru ini, kini timbul pula isu yang jauh lebih panas melibatkan seorang artis kontroversi tanah air.

Memetik portal RotiKaya, isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis tampil meluahkan rasa berang apabila menerima komen jelik daripada individu yang menggelarnya pelacur Vietnam.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Farra turut mendedahkan komen lelaki tersebut susulan penampilannya yang tidak menutup aurat.

sumber – Rotikaya

Bagaimanapun, Farra tidak hanya berdiam diri sebaliknya memberikan nasihat kepada lelaki tersebut supaya tidak ‘membawang’ serta turut menyindir lelaki berkenaan.

“Cakap aku pelacur Vietnam? Kau orang ke binatang. Aku keliru sebab dalam gambar pun dekat kandang lembu,” tulisnya.

Nampaknya, ia tidak hanya terhenti disitu apabila Caprice pula dilihat ada memuat naik status di Insta Story menggesa lelaki tersebut supaya menghubunginya.