“Cakap je kau stim tang Farid Kamil” – Diva AA

“Cakap je kau stim tang Farid Kamil” – Diva AA

 

Sedia maklum, semua orang menerima baik dan tumpang gembira dengan berita pasangan selebriti, Diana Danielle dan Farid rujuk semula, baru-baru ini.

Namun begitu, tidak buat pengacara sensasi, Azwan Ali ataupun lebih dikenali sebagai Diva AA.

Melalui laman Twitter Diva AA, dia memuat naik keratan artikel sebuah portal hiburan memaparkan wajah pasangan itu lalu mengeluarkan kata-kata seperti menyelar tindakan Diana.

Melalui tweet tersebut, pengacara terbabit turut berkata membazir masa naik turun mahkamah tetapi lepas beberapa bulan rujuk semula.

Diva AA selar perbuatan Diana Danielle, "cakap je kau stim tang Farid Kamil"

Sekadar info, Diana melalui satu sesi temubual ini memberitahu bahawa dirinya tidak sedar bertapa penting Farid Kamil dalam hidup dan memberi maksud seperti dia bergantung nyawa pada suami tercinta itu.