“Cakap pandai, bayar saman nak mengelak!” – Adik-beradik Hidayah kecewa sikap Ali Puteh

“Cakap pandai, bayar saman nak mengelak!” – Adik-beradik Hidayah kecewa sikap Ali Puteh

 

Susulan klip video Hidayah meminta percepatkan bayaran ganti rugi RM60,000 seperti diperintahkan mahkamah sebelum ini, Ali Puteh jelaskan proses tersebut masih dalam perbincangan antara wakil peguam kedua-dua pihak. Memetik portal Harian Metro, pelawak berkenaan bersetuju membuat bayaran ansuran kepada balu Abam dengan duitnya sendiri.

Sudah 3 tahun Abam tiada…baru sekarang dia datang nak tengok keadaan rumah?

Sambil menafikan keadaan rumah abangnya terbiar, Ali turut kesal bila kakak iparnya datang secara mengejut sebelum muat naik video di laman sosial.

Keluarganya dituduh tidak melayan kunjungan Hidaya bersama peguamnya, walhal perkara itu tidak dimaklumkan awal-awal memandangkan Jumaat lalu mereka keluar bekerja.

Cakap pandai, bayar saman mengelak…bagi notis pun dia buat diam

Dalam pada itu, adik-beradik Hidayah turut meluahkan rasa terkilan terhadap sikap Ali Puteh. Abangnya Mohd Azmier Zmier, sifatkan pelawak tersebut seolah-olah cakap tak serupa bikin. Bukan setakat mengelak bayar saman, bahkan kunci rumah milik Allahyarham turut tidak diberikan kepada balunya.

Perbanyakkan lagi ilmu agama ye…garam banyak gunanya

Sementara itu, adik Hidayah iaitu Mohd Zainuddin pula memberi komen terhadap klip video Ali yang menunjukkan garam ditabur di sekeliling rumah abangnya. Sambil berseloroh, dia mendakwa netizen pun tahu bahan tersebut ada banyak kegunaan serta manfaatnya.