Cara block video Youtube yang tak sepatutnya anak-anak tonton

Cara block video Youtube yang tak sepatutnya anak-anak tonton

 

Ibu bapa yang suka memberikan gajet kepada anak-anak mereka sila ambil perhatian, berikut kami kongsikan cara menyekat (block) video YouTube yang tidak sepatutnya mereka tonton.

Untuk maklumat, sesetengah saluran atau channel dikatakan menunjukkan kartun Elsa, Frozen, Spiderman yang cuba mencemarkan fikiran anak anda dengan video dan audio yang tidak senonoh.

Laman web berita asing seperti BBC sudah lama melaporkan perkara ini, namun masih ada ibu bapa yang mengambil sikap sambil lewa terhadapnya.

Jika anda mengambil berat dan sayangkan masa depan anak-anak anda, sila kongsikan artikel ini untuk memberi manfaat kepada lebih ramai orang.

Cara Block Video Youtube

Terdapat beberapa cara untuk menyekat video yang tidak sesuai di YouTube :

1 – Install YouTube Kids

Cara paling selamat ialah unistall YouTube dan install YouTube Kids.

YouTube Kids hanya memainkan video kartun yang telah disemak oleh YouTube. Jadi kandungannya lebih selamat daripada YouTube biasa.

YouTube kids

2 – Aktifkan “Restricted Mode”

Anda boleh menemui tetapan Restricted Mode/ Mod Sekatan pada halaman YouTube menggunakan PC, komputer riba, tablet atau telefon pintar anda.

Langkah 1: Buka website www.youtube.com.

Langkah 2: “Scroll” ke bahagian bawah sehingga anda melihat pilihan “Restricted Mode” dan klik pada perkataan tersebut.

langkah 2

Langkah 3: Selepas itu, dua butang akan muncul untuk pilihan On dan Off. Klik butang di hadapan perkataan “On” dan kemudian klik “Save”.

langkah 3

Halaman YouTube anda kini dalam keadaan “Restricted Mode : On”.

Walau bagaimanapun, sesiapa sahaja boleh menukar tetapan “Mod Terhad” ini melainkan anda “lock” kaedah ini dengan akaun Youtube anda, yang bermaksud anda perlu “log masuk” dan kemudian melakukan langkah 1 dan 2.

Ibu Bapa Perlu Pantau

Membenarkan kanak-kanak menggunakan atau memiliki gajet adalah pilihan mereka sendiri. Kita sebagai ibu bapa berhak mengawal penggunaan gajet jika membenarkan mereka menggunakannya atau memilikinya.

Menggunakan cara “menyekat” Youtube ini mungkin tidak mencukupi. Pantau juga kanak-kanak berdasarkan video yang mereka tonton, gambar yang mereka lihat dan maklumat yang mereka akses. Jangan biarkan mereka hanyut dalam dunia bebas tanpa sempadan ini.

Pandang serius semua yang melibatkan kanak-kanak termasuk penggunaan gajet ini. Apabila nasi menjadi bubur dan perkara yang tidak menyenangkan berlaku, jangan menyesali kebebasan yang anda berikan kepada anak-anak anda. Semoga kita semua dijauhkan selamanya daripada perkara negatif yang boleh memudaratkan kita dan masyarakat.