Cara buat air barli homemade, boleh rawat penyakit!
Ramai yang mengetahui bahawa air barli sangat bagus bagi menurunkan suhu badan yang panas.
Bukan itu sahaja, pengambilan air barli dalam kalangan orang tua juga dilihat sangat kerap kerana rasanya yang tidak manis dan dapat membantu melancarkan kencing tak lawas.
Tapi, bagaimana cara buat air barli yang betul-betul untuk penawar penyakit?
Berikut merupakan perkongsian cara buat air barli secara homemade yang boleh disimpan dan diminum bila-bila masa sahaja. Jom cuba!
CARA BUAT AIR BARLI, RAWAT MASALAH KENCING KOTOR
Menurut kajian, bijirin barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.
Bukan itu sahaja, air barli ini sangat baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisme lemak. Seperti stok air barli yang dikongsikan ini, anda boleh cuba buat untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Semalam ada yang share buat air barli, hari ni saya try buat. Panas-panas ni rasa segar je dapat air barli homemade. Air ini juga bagus untuk mereka yang ada masalah kencing kotor dan kencing tak lawas.
Bahan-bahan :
-Barli
-Gula kundur
-Kismis
-Gula batu
-Daun pandan
Caranya :
-Rendam barli 5 min untuk buang kotoran
-Cuci bersih barli
-Masuk ke dalam periuk tambah air dan daun pandan
-Masak sampai barli kembang baru masukkan kismis gula batu dan kundur
*Jom kita sama-sama ikhtiar!
Sumber: Azrina Len via Daily Masak