Cara cepat panjangkan rambut, nombor tiga paling berkesan

Cara cepat panjangkan rambut, nombor tiga paling berkesan

 

Setiap kali tengok cermin, ada tak kamu perasan kepala ada lopong-lopong botak? Atau rasa macam “Alahai lambatnya nak panjang”?

Kalau tanya mana-mana wanita pun, tiada seorang pun yang tak nak rambutnya tumbuh panjang, berseri dan sihat. Ini kerana rambut merupakan aset dan mahkota bagi seorang wanita.

Sekiranya kamu alami situasi di atas, rambut mula nak membotak atau lambat nak panjang, bolehlah cuba petua ini di rumah…

1. Mandi guna air suam

Psst… Suhu air yang tinggi dan terlalu panas boleh rosakkan kulit kepala dan rambut. Jadi untuk elak daripada ia berlaku, tukar kepada air suam.

Air suam boleh membuka kutikel rambut dan memudahkan syampu serta perapi diserap dengan baik. Bukan itu saja, air suam juga boleh tanggalkan sel mati, kotoran dan kelemumur di kepala tau!

2. Elak warnakan rambut 

Jika nak rambut tumbuh dengan cepat dan panjang, jangan mewarnakan rambut dengan kerap kerana pewarna mengandungi bahan kimia. Bila kerap warnakan rambut, bahan kimia yang terkandung dalamnya boleh terkumpul dan rosakkan kulit kepala hingga menghalang pertumbuhan rambut.

3. Urut-urut kulit kepala

Ramai yang tak buat dan rasa leceh, tapi urut kepala sebanyak 3 kali seminggu boleh memanjangkan rambut dengan cepat. Kesan urutan di kulit kepala boleh bantu lancarkan peredaran darah ke kulit kepala supaya proses pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat.

Caranya semasa mandi atau syampu, urut kulit kepala dengan lembut selama 3-5 minit okay?

4. Jangan kerap berenang

Jangan sedih okay? Kalau kamu nak tahu air kolam renang mengandungi klorin yang boleh rosakkan dan melambatkan pertumbuhan rambut. Sebab itulah lepas mandi air kolam kita akan rasa rambut kering sangat dan cepat nak kusut rosak.

5. Kurangkan pakai alat pengayaan rambut

Pengering, flat iron dan curlers memang ramai yang guna kerana mahu mencuba pelbagai jenis gaya rambut baru. Tetapi adakah kamu tahu, kalau guna dengan kerap, haba daripada alat ini boleh jadikan rambut lebih rapuh, mudah patah dan gugur?

Penyelesaiannya, kurangkan guna alat-alat ini dan biarkan rambut kering dengan udara secara semula jadi. Tapi kalau tergesa-gesa, boleh saja guna dan pastikan suhu tak terlalu panas serta sapu vitamin rambut untuk kelembapan.

Selamat beramal!