Cara daftar permohonan i-Sayang KWSP

Cara daftar permohonan i-Sayang KWSP

 

i-Sayang adalah tanda penghargaan dan kasih sayang suami kepada isteri tercinta. Jangan lepaskan peluang ini!

i-Sayang KWSP

i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

Kelebihan

    • Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.
    • Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
    • Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).
    • KWSP membahagikan caruman i-Sayang sebanyak 2% ke dalam akaun isteri (penerima) dengan mengkreditkan 70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2.

Syarat Kelayakan

  1. SUAMI – PEMBERI
      • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
      • Ahli KWSP
      • Belum mencapai umur 75 tahun

    • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
  2. ISTERI – PENERIMA
      • Warganegara Malaysia

      • Ahli KWSP
      • Belum mencapai umur 75 tahun
      • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

Cara Mohon

Permohonan melalui dua (2) saluran berikut:

  1. i-Akaun (Ahli); ATAU
  2. Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.

Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.

NOTA:

Pembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami (pemberi) hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima).

Sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima), suami (pemberi) perlu hadir segera ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan pembatalan. Kelewatan dalam memaklumkan perkara ini kepada KWSP akan mengakibatkan pemindahan caruman terus dibuat ke dalam akaun isteri (penerima).

Maklumat Lanjut