Cara mohon bantuan RM10,000 untuk beli motosikal

Cara mohon bantuan RM10,000 untuk beli motosikal

 

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya termasuklah Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenana skim ini:-

Tekun Mobilepreneur 4.0

Skim ini pada asasnya merupakan pembiayaan modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran yang menggunakan motosikal.

Nilai Pembiayaan yang ditetapkan adalah sebanyak RM1,000 hingga RM10,000 mengikut tujuan permohonan seperti berikut:

  • Baik pulih motosikal;
  • Pembelian motosikal;
  • Modal pusingan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India);
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun);
  • Pemohon bukan seorang yang muflis;
  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah;
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar;
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan;
  • Mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal;
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan;
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT);
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonannya skim ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Cawangan TEKUN berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.

Tempoh bayaran balik pembiayaan ini adalah selama 1 tahun sehingga 3 tahun mengikut pilihan dan kelayakan pemohon. Kadar keuntungan yang dikenakan pula adalah sebanyak 4 peratus setahun.

Dimaklumkan juga bahawa TEKUN tidak melantik ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 dan sebarang urusan wajib melalui pihak TEKUN sahaja.

Maklumat lengkap berkenaan skim ini sila lihat – DI SINI.