Cara mohon rumah PPRT bagi tahun 2023, semak syarat kelayakan

Cara mohon rumah PPRT bagi tahun 2023, semak syarat kelayakan

 

Kerajaan Malaysia telahpun mempunyai pelbagai perancangan kepada rakyat Malaysia melalui pemberian bantuan, pengurangan harga barang serta bantuan kewangan ini. Terkini, kerajaan Malaysia lebih memfokuskan dari segi aspek dalam menjaga kebajikan rakyat dan meringankan beban yang ditanggung rakyat.

Oleh yang demikian itu, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya peka akan perancangan kerajaan Malaysia dalam membantu menyalurkan bantuan kepada rakyat. Tahukah anda? kerajaan Malaysia ada melancarkan bantuan dari segi bina rumah dan baiki rumah.

Teras kedua dalam Rancangan Malaysia kesebelas adalah di mana ia memfokuskan ke arah kesejahteraan rakyat lalu diteruskan lagi dalam program SPKR. SPKR adalah salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar. Dan salah satu komponen di dalam SPKR ialah program Rumah PPRT.

Selain itu, Ia juga merupakan daripada peruntukan kerajaan yang khusus untuk membantu rakyat yanh tergolong berpendapatan rendah. Sehubungan itu, kerajaan melancarkan Program Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT).Di sini kami beritahu cara untuk anda membuat permohonan rumah perumahan rakyat termiskin bagi tahun 2023

Pernahkah Anda Dengar Mengenai PPRT?

Bagi anda yang mungkin kali pertama mendengarnya ataupun sudah pernah dengari tetapi tidak berapa tahu mengenainya, disini kami kongsikan sedikit sebanyak mengenai Program ini.

Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah diperkenalkan bertujuan bagi meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar serta miskin dengan membina atau membaik pulih rumah untuk menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga

Menerusi Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe11), Teras Kedua : Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, program SPKR diteruskan sebagai salah satu touch point utama Kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan mendahulukan kebajikan rakyat.

SPKR merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar dalam memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Komponen SPKR meliputi bantuan rumah PPRT, program latihan kemahiran dan program peningkatan pendapatan yang membentuk suatu pakej nilai tambah untuk memperkasa dan memberi keupayaan kumpulan sasar membentuk jati diri, menjana pendapatan sendiri selain memiliki kediaman yang selamat dan selesa.

Apakah Skop Bantuan PPRT?

Kawasan liputan PPRT adalah di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh pihak Kerajaan.

Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:

  • Bina Baharu

Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

  •  Baik Pulih

Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:

  1. Penyelenggaraan;
  2. Penambahbaikan; dan
  3.  Requisition;

Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah.

Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.

Untuk anda mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai PPRT, anda boleh ke laman portal rasmi kerajaan di sini Info Program Perumahan Rakyat Termiskin .

Apakah Ia Keutamaan Bantuan PPRT?

Untuk Makluman semua, keutamaan bantuan PPRT ialah ia membantu mereka yang daripada golongan yang sangat memerlukan. Disini adalah disenaraikan antara golongan yang menjadi keutamaan:

  1. Mereka adalah warga emas
  2. Orang kurang upaya (OKU)
  3. Ibu/Bapa tunggal yang mempunyai tanggunggan yang ramai serta
  4. Mangsa bencana yang berskala kecil dan
  5. Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri serta daerah yang mana mempunyai kadar kemiskinan yang sangat tegar.

Apakah Syarat kelayakan Bantuan PPRT?

Buat pengetahuan semua warganegara Malaysia, berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk menerima bantuan PPRT sebagaimana ia dibawah:

  • Ia telah disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  • Ia diperakukan dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  • Diperakukan oleh mana-mana agensi KPLB seperti KEMAS, JAKOA, Lembaga KEmajuan Wilayah (KESEDAR, KEDA, KETENGAH, KEJORA, PERDA) atau mana-mana agensi Kerajaan yang terlibat dalam bantuan kemiskinan seperti JKM, Baitulmal dan lain-lain.
  • Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  • Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

Apakah Syarat bantuan Bina Baharu Diberikan Kepada Peserta?

  • tidak mempunyai rumah;
  • rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
  • tidak ekonomik untuk dibaiki;
  • memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
  • pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B).

Syarat Bagi Bantuan Baik Pulih Pula Ialah:

  • Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
  • Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.

Untuk kelayakan permohonan ia tertakluk buat pihak bertanggungjawab dan segala permohonan akan ditapis terlebih dahulu.

Rujukan sumber untuk dapatkan permohonan PPRT di sini Portal PPRT

Bagaimanakah Cara Membuat Permohonan Bantuan PPRT?

Sekiranya anda memenuhi kelayakan diatas, berikut adalah cara untuk membuat permohonan:

  • Permohonan PPRT ia boleh dibuat secara atas talian (online) – klik di bawah link untuk memohon
  • Permohonan hendaklah diisi dengan teliti serta lengkap. Pemohon akan diminta sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.
  • Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan bantuan PPRT.

Cara Mohon PPRT

Permohonan Rumah PPRT Tahun 2023

Untuk rakyat Malaysia yang telah menepati syarat-syarat bagi kelayakan permohonan, anda amatlah dialu-alukan untuk membuat permohonan segera. Bantuan PPRT bagi membantu miliki tempat tinggal yang selamat dan selesa untuk keluarga yang kurang berkemampuan. Mohon permohonan segera.

Semoga segala urusan anda untuk buat permohonan dipermudahkan oleh Allah.