Cara mudah buat kuih bakar pandan comel guna acuan muffin

Cara mudah buat kuih bakar pandan comel guna acuan muffin

 

Ini bukan kuih bakar kemboja yang biasa anda nikmati, tapi kali ini penulis hidangkan dengan resepi kuih bakar pandan berbentuk acuan muffin yang comel dan unik.

Idea kuih bakar comel ini telah dihasilkan oleh Puan Rahmah Rosmin dengan menukar bentuk rupa asalnya iaitu bunga kemboja.

Namun, peminat kuih bakar kemboja tak perlu risau, kerana rasa kuih bakar yang terkenal dengan lemak manis ini masih dikekalkan keasliannya. Jom belajar buat!

RESEPI KUIH BAKAR PANDAN COMEL

Assalamualaikum semua, petang ini saya buat kuih bakar kiut (cute). Tak boleh panggil kuih bakar kemboja sebab tak bentuk bunga kemboja. Akak bakar dalam ketuhar (oven) guna acuan muffin saja.

Resipi kuih bakar pandan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula pasir (resipi asal 1 cawan)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 1/4 cawan santan
  • 1 cawan jus pandan
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar marjerin
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Bijan secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Bancuh semua bahan di atas kecuali bijan.
  2. Kemudian, kisar bahan hingga halus.
  3. Sapu acuan dengan sedikit minyak.
  4. Panaskan sekejap acuan.
  5. Setelah itu, tuang adunan dan tabur bijan.
  6. Bakar suhu 180°C selama 30 min (bergantung pada oven masing-masing).

Hasilnya, saya dapat 40 biji kuih bakar comel.

Air tangan Rahmah Rosmin dan sumber YouTube Che Nom.