Cara mudah masak pulut guna periuk nasi yang ramai tak tahu
RAMAI yang suka makan pulut, tapi tak ramai rajin memasaknnya dengan alasan tidak mempunyai pengukus di rumah.
Namun tahukah anda sebenarnya ada cara lebih mudah untuk masak pulut menggunakan kaedah seperti tanak nasi biasa.
Teknik masak pulut menggunakan periuk nasi ini dikongsikan Siti Asrien Mohd Hassan dalam satu hantaran dibuat di Facebook.
Langkah-langkah:
1. Basuh beras sebanyak tiga atau empat kali bersama sedikit garam bertujuan untuk mendapatkan pulut yang berkilat.
2. Sukat air menggunakan jari telunjuk (rujuk foto).
3. Lapik penutup periuk menggunakan tuala atau kain kecil dengan kedap supaya wap panas terperangkap.
4. Masak pulut seperti biasa dengan menekan butang cook pada periuk nasi.
5. Selepas pulut selesai dimasak, biarkan periuk nasi dalam mood warm.
6. Jangan buka penutup dan biarkan pulut masak menggunakan wap selama lima minit.
Menurut Siti Asrien Mohd Hassan, sudah empat tahun dia menggunakan kaedah ini setiap kali memasak pulut.
Malah, kaedah sama boleh dilakukan untuk masak tapai tanpa perlu kukus terlebih dahulu.