Cara mudah nak buat dapur berkilat, guna 1 bahan ini saja, tak mahal pun
Biasalah bila sudah setiap hari masak lauk berlainan, mesti ada macam-macam bau kurang enak di dapur.
Bukan setakat dekat tempat masak sahaja, kadang-kadang dalam peti ais pun berbau sebab simpan banyak sangat makanan.
Tak perlu risau lagi, hanya guna satu bahan, tak mahal pun!
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Fyza Shah mengenai 10 teknik untuk menyegarkan daput dengan hanya menggunakan lemon.
“Semalam Kak Fyza duk belek majalah Impiana keluaran Jun lepas. Baru perasan ada teknik bagus ni.
“Lagi-lagi kita nak sambut raya korban tak lama lagi. Mesti ruangan dapur berkecah dan kuat bau daging kan,” ujarnya.
1. Segarkan peti sejuk.
Cara paling senang adalah dengan memotong lemon kepada dua bahagian, kulitnya dikikis dan masukkan ia ke dalam peti sejuk. Bauan pun boleh hilang.
2. Loyang berkarat
Potong dua lemon dan gosok ia kepada permukaan loyang yang berbau atau pada kawasan yang telah berkarat.
3. Pisau dan spatula
Cuci dua alatan tersebut dengan lemon, sebab pisau dan spatula rupanya tak sesuai terlalu kerap kita basuh dengan sabun.
4. Jari kuning berkunyit
Untuk tip ini kena ada bahan lebih. Campurkan lemon dengan baking soda dan jadiakan ia macam doh.
Uli dekat jari tangan sampai kesan kunyit hilang.
5. Jendela berdebu
Ambil lemon kemudian campurkan pada baking soda, tambah air secukupnya. Basuh jendela dengan air campuran tadi. Berkilat memancar cermin tu nanti.
6. Kilatkan lantai
Campurkan lemon dan cuka, mop la sampai lantai bersih. Berkilat kilat lantai dapur.
7. Hilangkan bau hapak dalam kabinet
Kulit lemon kau jangan buang, letak dalam kabinet, segar je udara dalam kabinet. Tak hapak.
8. Hilangkan bau hanyir di lantai
Kalau lantai masih hanyir bau ikan daging, lepas kau siap mop, kau perah lemon sebagai penyudah.
9. Cuci papan pemotong
Lebihan lemon kau ambil dan gosok cuci papan pemotong supaya tak lekat bau ikan daging
10. Hilangkan kesan kopi di cawan
Kalau cawan kau ada kesan kopi hitam hitam tu, kau gosok je dengan lemon dan bilas. Memang hilang.
Selamat mencuba!