Cara mudah nak halau lalat di rumah, guna bahan dekat dapur je

Cara mudah nak halau lalat di rumah, guna bahan dekat dapur je

 

Mesti rimas bila tengah siang ikan atau potong ayam, ada sahaja lalat yang menyinggah hingga rasa tak selesa nak masak.

Apatah lagi jika yang datang tu lalat hijau, sudahlah besar, bising pula di telinga hingga hilang tumpuan.

Bagi mereka yang sering alami masalah ini, boleh gunakan petua yang dikongsikan pengguna Lemon8, Jue H.

“Lalat yang terbang kat kawasan dapur sebab bau sampah memang buat kita sakit mata. Bila dapur berbau, lalat memang mudah untuk datang dan hinggap di kawasan yang dia gemar.

“Hari ni saya nak kongsi cara mudah untuk halau lalat guna bahan kat dapur je,” tulis pengguna Lemon8.

Tip halau lalat

Bahan-bahan:

  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga cengkih

Cara buat:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecil.
  2. Letakkan sedikit air.
  3. Letakkan di atas meja makan.

“Lalat akan menjauh dari kawasan dapur sebab tak tahan dengan bau campuran tadi.

“Kalau kawasan dapur besar, boleh letak di beberapa sudut dapur yang lain,” tambah pengguna tersebut.

Selamat mencuba!