Cara musnahkan kemitetep, elak kena gigit dan rosakkan pakaian
Musim lembab, hujan setiap hari di beberapa kawasan mungkin antara punca atau musim pembiakkan serangga berkepompom yang terkenal dengan nama kemitetep atau dust warm ini.
Banyak posting berkaitan serangga perosak ni menurut perkongsian Impiana dan kebanyakkanya tak tahu bahawa serangga ni antara ancaman perosak di dalam rumah.
Yatie Eimra berkongsi perinci mengenai serangga ini dan cara mengawalnya.
Ulat ni sebenarnya dalam fasa larva sebelum bertukar jadi kupu-kupu. Selain kawasan berdebu, bersawang, kawasan berkelembapan tinggi (macam toilet, bilik stor/bilik yang tak cukup pengudaraan & cahaya matahari yang cukup), ulat habuk ni juga memang suka bersarang kat bawah katil & dalam almari.
Ulat habuk ni makan sawang labah-labah, rambut yang berguguran, bangkai serangga kecil dan juga fabrik. Ulat ni memang boleh sebabkan rasa gatal jika kita digigit.
Hapuskan Ulat Kemitetep Dalam Almari Pakaian
Kalau kupu-kupu bertelur dalam almari memang leceh sangat. Sebab korang takkan tahu kat baju mana ia bertelur.
1. Keluarkan semua pakaian dari almari.
2. Cari pakaian/fabrik yang berlubang. Jika ada, asingkan dari pakaian lain sebab kemungkinan ada telur disitu. (Kupu-kupu biasanya bertelur kat sumber makanan dia supaya baby ulat dapat makan dengan cukup).
3. Basuh pakaian yang berlubang dengan suhu 40°c, pakaian lain boleh dijemur dibawah panas matahari terik ATAU
4. Basuh jer semua pakaian dengan suhu 40°c (disarankan). Cara ni leceh sikit, tapi sekurangnya korang dapat pastikan semua pakaian dah takde telur kupu² tu.
5. Almari pakaian korang tu, spray dengan air sabun & campuran cuka (saya gunakan spray cuka serbaguna saya je). Lap seluruh bahagian dalam & luar jika perlu. Cuka ni bersifat asid & mampu membunuh telur-telur serangga & hama.
6. Untuk elak ulat habuk bersarang dalam almari lagi, boleh gunakan ubat gegat atau bahan penyahlembapan.
7. Untuk almari baju ni, saya lebih suka ubat gegat dengan wangian bunga macam dalam Gambar 2. Saya beli di Mr. DIY.
Hapuskan Ulat Kemitetep Bawah Katil
1. Cabut semua cadar & sarung bantal.
2. Jika bantal dari jenis yang boleh dicuci, sebaiknya cuci & jemur bantal. Jika bantal tak boleh dicuci, spray dengan larutan cuka sebelum jemur bawah matahari.
3. Vakum tilam & bersihkan bawah katil.
4. Spray dengan larutan cuka pada keseluruhan tilam & juga bawah katil. Biarkan kering sendiri.
5. Untuk elak ulat habuk bersarang lagi, boleh letakkan ubat gegat bawah katil. TAPI jika anda ada masalah pernafasan/ada anak kecil lebih baik gunakan daun² yang berbau kuat yang boleh berfungsi halau serangga contohnya daun salam, daun durian belanda, etc. Tukar daun baru bila dah kering.
Kawal Ulat Kemitetep Dalam Rumah
Jujurnya kita hanya mampu kurangkan/kawal jer populasi ulat habuk ni dalam rumah. Takde jaminan pun kupu-kupu takkan masuk dalam rumah & bertelur lagi. Cumanya kena kerap
1. Bersihkan habuk & sawang
2. Kena kerap bukak tingkap untuk galakkan pengudaraan bagi bilik yang sentiasa lembap.
Bersihkan almari & katil secara berkala
3. Vakum kawasan yang susah nampak/nak bersihkan contohnya bawah katil, celah trek pintu/tingkap sliding.
4. Bagi kawasan perumahan yang banyak kupu ni (biasanya perumahan berdekatan kawasan semak/kawasan yang belum diteroka), salah 1 cara nak kurangkan kupu masuk dengan elakkan buka lampu luar rumah sebab serangga akan mudah tertarik pada cahaya.
Harap-harap sikit sebanyak dapatlah bantu korang atasi masalah ulat habuk atau kemetetep tu.