Cara nak buat kuah rojak buah viral, jadi pekat berkilat

Cara nak buat kuah rojak buah viral, jadi pekat berkilat

 

SEBUT sahaja tentang rojak, pasti ramai yang kecur air liur membayangkan keenakan serta kepekatan kuahnya.

Kebiasaannya kita membeli rojak buah di gerai-gerai tepi jalan, tapi ramai tak tahu sebenarnya ia sangat mudah untuk dihasilkan di rumah.

Kali ini, mStar mahu kongsikan langkah-langkah mudah untuk menghasilkan rojak buah viral yang diajar oleh Muliadi Ramli.

Bahan-bahan

1. 15 biji cili kering

2. 10 biji cili padi

3. Belacan sebesar ibu jari (dibakar sedikit)

*Semua bahan di atas perlu dikisar halus.

4. Sekeping gula Melaka sekeping (besar)

5. Dua senduk kicap manis

r2

6. Satu senduk sos cili

7. Dua sudu sos tomato

8. Dua sudu besar cuka makan

9. Garam gula secukup rasa

10. Serbuk perasa

11. Biji bijan (disangai)

12. kacang tanah (disangai dan ditumbuk)

13. Dua sudu besar petis udang

14. Sesudu tepung jagung (untuk memekatkan kuah)

Cara-cara

1. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan gula Melaka, biarkan ia mendidih dan cair.

r3

2. Kemudian masukkan kicap manis, sos cili, sos tomato serta cuka. Kacau rata.

3. Masukkan bijan dan kacang tanah, masukkan gula dan garam serta perasa.

4. Untuk memekatkan kuah, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit ikut kepekatan yang dikehendaki.

5. Siap kuah dan ketepikan.

6. Untuk buah, boleh guna ikut kesukaan anda. Antaranya ubi sengkuang, timun, nenas, mempelam muda dan belimbing

7. Ambil buah yang siap dipotong, letakkan kuah, tabur kacang tanah dan ia siap untuk dimakan.

8. Sesuaikan ikut selera anda, tapi biasanya kuah rojak mesti mempunyai rasa pedas-pedas manis dan sedikit masam.