Cara nak buat tempoyak yang ramai tak tahu, gerenti menjadi
Bagi peminat durian dan mempunyai kebun pastinya tak akan melepaskan peluang untuk buat tempoyak.
Tempoyak adalah isi durian yang dikumpul dan kemudian diperam selama tiga ke lima hari pada suhu bilik sebelum dimakan.
Bila dibuat memang satu rumah bau, makin lama diperam makin sedap, buat tempoyak ikan patin pun sedap.
Ikuti perkongsian portal Vocket, mengenai cara dan tip untuk membuat tempoyak, boleh tahan setahun
Cara buat tempoyak
- Pilih isi durian yang molek (elok) sahaja.
- Masukkan isi durian itu ke dalam bekas.
- Gaul rata dengan sedikit garam.
- Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Ini proses peram.
- Sekurang-kurangnya selepas dua hari, tempoyak sudah boleh dimakan.
Tip nak buat tempoyak
Seorang pemilik kebun durian berkongsi sembilan tip untuk buat tempoyak di rumah
1. Guna isi durian yang masih elok.
Elak menggunakan durian yang hampir buruk, busuk atau kurang sedap rasanya. Nanti tempoyak juga akan menjadi kurang sedap.
2. Pilih isi durian yang sedikit lembik. Selalunya jenis durian kampung.
3. Tempoyak asli, hanya isi durian sahaja.
Tidak perlu ditambah apa-apa bahan lain seperti garam atau asam. Hanya isi durian sahaja yang diperam.
4. Asingkan isi daripada biji
Kumpulkan isi dalam penapis untuk keluarkan air durian. Tujuannya untuk tempoyak tahan lebih lama.
5. Isi durian tak perlu dikisar atau dilenyek.
Ssebab durian yang diguna sudah lembik. Kumpulkan, tapis dan masukkan ke dalam balang/bekas.
6. Tempoyak tidak semestinya berwarna kuning.
Durian yang berisi lembik ini kadang kala warnanya kuning pucat sahaja tapi rasanya sedap.
7. Hati-hati jika tempoyak mempunyai warna kuning terang.
Ada kemungkinan dicampur pisang emas. Namun ini hanyalah kemungkinan saja ya, tidak semua penjual melakukan demikian.
8. Tempoyak asli yang tidak dicampur apa-apa bahan akan tahan lebih lama (setahun jika disimpan dalam peti sejuk).
Jika tempoyak sudah rosak atau berubah rasa dalam tempoh dua ke tiga bulan, berkemungkinan ia dicampurkan dengan bahan-bahan lain. Sebaiknya dibuang.
9. Satu lagi cara untuk pastikan tempoyak asli adalah dengan melihat ‘urat-urat’ atau serabut durian pada tempoyak.
Ini menandakan isi durian tersebut tidak dikisar atau dicampur dengan bahan-bahan lain untuk ‘nampak banyak’.