Cara nak masak pulut manis, makanan manisan tradisional orang dulu-dulu

Cara nak masak pulut manis, makanan manisan tradisional orang dulu-dulu

 

Pulut manis atau juga dikenali dengan pulut pagi ini merupakan salah satu manisan tradisional orang dulu-dulu. Di sesetengah tempat terutamanya negeri Pantai Timur, manisan ini biasanya dimakan waktu sarapan pagi.

Tetapi ramai yang ‘serik’ memasak pulut kerana biasanya akan melekat pada periuk dan meninggalkan kerak. Bukan saja susah untuk mencuci kerak tersebut, malah sangat rugi kerana banyak pulut yang terbuang.

Oleh itu, apa kata jom ikuti resipi dan petua perkongsian oleh Mas Cotek yang dijamin dapat mengelakkan masalah-masalah tersebut.

RESIPI PULUT MANIS @ PULUT PAGI

pulut manis

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg beras pulut – direndam semalaman
  • 1 cawan air
  • 2 – 3 keping gula kerek / manisan
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • Kelapa parut – digaul dengan sedikit garam

Cara-cara:

1. Satukan air, gula kerek, gula pasir dan daun pandan. Masak hingga gula larut.

2. Sejukkan air gula kemudian tapis. Ketepikan seketika.

3. Kukus beras pulut hingga masak. Anggaran masa lebih kurang 25 minit.

4. Angkat pulut dan arun dengan air gula tadi hingga rata. Kukus lagi selama 10 minit.

5. Angkat pulut dan hidangkan bersama kelapa parut.

pulut manis