Cara paling senang bersihkan kesan kotor pada kusyen kereta, hanya guna 3 bahan saja

Cara paling senang bersihkan kesan kotor pada kusyen kereta, hanya guna 3 bahan saja

 

“DAH macam peta dunia!”

Pernahkah anda berasa sakit mata setiap kali melangkah masuk ke dalam kereta dan terpandang tempat duduk (seat) yang penuh dengan ‘peta’ seperti air liur basi?

Lebih stres jika kereta tersebut baharu sahaja anda beli tapi kesan kotoran pada seat seperti sudah 10 tahun digunakan.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang luar biasa jika anda mempunyai anak kecil.

‘Peta’ tersebut boleh jadi terhasil akibat kesan tumpahan susu, minuman, sisa makanan ataupun muntah.

Mungkin ramai antara anda yang sudah cuba mencuci sendiri, tapi bukan mudah sebenarnya untuk menghilangkan kesan kotoran tersebut.

Mahu hantar ke pusat cucian khas, sudah tentu bukan murah kos yang perlu dibayar.

Tahukah anda, ada tip yang boleh anda cuba dan yang pastinya, ia berkali ganda menjimatkan!

seat 2

Dengan tiga bahan ini saja, masalah ‘peta’ pada seat kereta anda akan selesai. Jom lihat tip yang kami kongsikan kali ini:

Bahan-bahan:

1) Dua sudu cuka

2) Satu sudu baking soda

3) Secawan air suam

Cara-caranya:

1) Campurkan kesemua bahan dan kacau

2) Masukkan dalam botol spray serbaguna

3) Sembur cecair tersebut pada seat kereta atau bahagian yang mempunyai kotoran

4) Gosok seat menggunakan berus lembut untuk menyental kotoran

5) Lapkan dengan kain mikrofiber yang telah dibasahkan dengan sedikit air

6) Ulangi langkah 3 hingga 5 sehingga kotoran bersih

7) Untuk mengeringkan seat lebih pantas, gunakan vakum

Bila sudah bersih, barulah tak sakit mata…. nak memandu jauh pun terasa lebih bersemangat!

Ohh ya… selain seat kereta, cecair DIY ini juga boleh digunakan untuk membersihkan bahagian lain dalam kereta dan fabrik lain seperti sofa. Selamat mencuba!