Cara sembunyikan tarikh lahir & notifikasi ‘birthday’ dari orang lain di Facebook

Cara sembunyikan tarikh lahir & notifikasi ‘birthday’ dari orang lain di Facebook

 

Mengingatkan semua rakan tentang hari lahir anda adalah salah satu fungsi Facebook yang terkenal. Tanpa Facebook, mungkin hanya ahli keluarga terdekat saja yang sedar ia merupakan ulang tahun ‘birthday’ anda.
Tapi, sesetengah makhluk Tuhan tidak suka rakan Facebook diperingatkan tentang hari lahir mereka  dan menerima ucapan klise “selamat hari lahir!”
Facebook > Menu > Settings & Privacy > Settings > Profile information > Basic info, tekan Edit > Date of Birth > Pilih tetapan anda mahu.

Cara sembunyikan hari lahir daripada rakan Facebook

1. Masuk aplikasi Facebook di telefon anda.
2. Tekan Menu.
3. Tekan Settings & Privacy/Tetapan & Privasi, kemudian Settings/Tetapan.
4. Tatal ke bawah, tekan Profil Information/Maklumat Profil.
5. Tatal ke bawah, cari Basic Info/Maklumat Asas, tekan Edit/Sunting.
6. Di bawah Date of Birth, ada dua iaitu Date of birth dan Birth Year.
  • Di sini, anda boleh pilih mahu sembunyikan tarikh saja atau tahun saja.
  • Anda boleh pilih bagaimana tahap privasi anda. Sama ada Public/Awam, rakan-rakan Facebook saja (Friends/Rakan) atau anda seorang saja (Only me/Hanya saya).
  • Jika anda mahu betul-betul sembunyikan tanpa seorang pun tahu, maka pilih Only me/Hanya saya.

Selepas ini, bukan saja rakan-rakan anda tidak akan terima peringatan tentang ulang tahun kelahiran anda namun juga tidak akan dapat melihat tarikh lahir anda di profil.