Cara tebus e-Wallet RM100 & RM600 eMadani di Shopee

Cara tebus e-Wallet RM100 & RM600 eMadani di Shopee

 

Kerajaan Malaysia telah meluluskan dana sebanyak RM1 Bilion untuk memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas melalui inisiatif RM100 eMADANI.

Namun, hanya individu yang memiliki pendapatan kurang dari RM100,000 setahun yang layak menerima bantuan ini.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong, pengagihan bantuan ini akan dimulai pada bulan Disember melalui pelbagai platform.

Bagi pengguna yang bijak, tentu mereka ingin menebus bantuan ini di platform yang menawarkan ganjaran tambahan, bukan? Sudahlah nak menebus, lebih baik menggunakan platform yang memberikan ganjaran tambahan seperti baucar ekstra.

Untuk pengetahuan anda, Shopee menawarkan ganjaran paling menarik apabila anda menebus eMADANI RM100 dengan Shopee. Yang menariknya, jika anda menebus eMADANI di Shopee, anda berpeluang untuk mendapatkan baucar ekstra bernilai RM600. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk memenangi Samsung Galaxy Z Flip5! Siapa yang tidak mahu menikmati tawaran sehebat ini.

Tambahan RM600 Baucar Dijamin

Bagi tambahan baucar RM600 dijamin apabila korang menebus eMADANI di Shopee, dan ianya dibahagikan kepada beberapa amaun yang telah diperuntukkan.

Baucar Shopee sehingga RM356 (ShopeeMall, Preferred Sellers, ShopeeLive, Penghantaran Percuma dan Pulangan Syiling)
Baucar ShopeeFood sehingga RM155
Baucar SPayLater sehingga RM50
Baucar Insurans Kereta sehingga RM30

Bagi baucar SPayLater RM50, ianya boleh digunakan sama ada di aplikasi Shopee ataupun kedai fizikal, sehingga 12 bulan ansuran. Pengguna juga boleh imbas dan bayar dengan menggunakan SPayLater sehingga 1.8 Mil DuitNow QR peniaga & jenama utama seperti 99 Speedmart, Mydin, Mr DIY, Petron, Tealive, Lotus’s dan banyak lagi.

Sebelum itu, jom kita lihat cara untuk menebus bantuan ini di samping menikmati baucar Shopee sebanyak RM600.

Cara ‘Claim’ eMADANI RM100 di Shopee

Untuk menikmati baucar tambahan RM600 daripada Shopee apabila korang tebus eMADANI RM100, terdapat empat langkah yang perlu dilakukan seperti berikut:
Buka aplikasi Shopee dan klik ikon eMADANI di laman utama

Aktifkan & sahkan ShopeePay dengan Kad Pengenalan (MyKad) anda

Setelah IC anda disahkan, kredit eMADANI RM100 anda akan dikreditkan ke e-wallet ShopeePay anda dalam tempoh 3 hari bekerja.

Selepas mendapatkan kredit eMADANI anda, anda boleh menuntut baucar ekstra bernilai RM600 di Shopee.

Korang juga boleh merujuk pautan INI untuk mendapatkan langkah-langkah tersebut melalui platform Shopee.

Jadi bagi yang berumur 21 tahun ke atas, dalam lingkungan B40 & M40, janganlah lepaskan peluang untuk dapat baucar RM600 dan juga peluang memenangi Samsung Galaxy Z Flip5 dengan menebus eMADANI di Shopee.

Berkenaan tarikh, bantuan ini akan mula disalurkan pada 4 Disember ini. Jadi, boleh lah bersiap sedia dari sekarang sebelum menebus RM100 eMADANI dengan cara mengaktifkan ShopeePay wallet mengikut tarikh mula dilancarkan.

Nanti dah sampai masa, senang lah korang nak tebus dan menikmati bantuan RM100 yang diberikan kerajaan dan juga menikmati baucar ekstra Shopee sebanyak RM600.