Cara yang betul pilih cendawan enoki yang segar, elak terbeli yang lembik dan berair

Cara yang betul pilih cendawan enoki yang segar, elak terbeli yang lembik dan berair

 

Cendawan enoki sudah mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Ia boleh digunakan dalam pelbagai resipi seperti goreng celup tepung, tomyam, sayur campur dan lain-lain lagi.

Selain itu, cendawan ini juga disukai ramai kerana ia tidak mempunyai rasa yang kuat dan ada sedikit rasa kekacang. Ia juga sangat sedap jika digoreng kerana akan menjadi sangat rangup!

Namun begitu, ada beberapa tips semasa memilih cendawan ini supaya tidak terbeli yang lembik dan berair. Bukan itu saja, cendawan yang tidak fresh juga akan berwarna kekuningan.

Sedikit sebanyak, cendawan yang tidak fresh akan memberi kesan kepada rasa cendawan. Oleh itu, mari ikuti perkongsian oleh Chef Deedee Mansor yang berkongsikan cara memilih cendawan enoki yang betul.

TIPS PILIH CENDAWAN ENOKI ‘FRESH’

1. Pilih cendawan enoki yang mempunyai bahagian atas yang leper dan tidak kecut. Elakkan memilih yang sudah kecut dan kepala kembang kerana ia sudah masuk angin dan air.

2. Picit cendawan, pilih tekstur seperti span basuh pinggan dan bukan tekstur yang lembik dan berair.

3. Ambil cendawan yang berwarna cerah, bukan yang berwarna kekuningan.

4. Pilih cendawan yang sudah dibungkus dengan vacuum sealer dan pastikan ia tidak masuk angin.

cendawan enoki