Cepat bertemu jodoh, remaja terus ‘upgrade’ jadi pengantin sehari lepas tamat SPM

Cepat bertemu jodoh, remaja terus ‘upgrade’ jadi pengantin sehari lepas tamat SPM

Pertunangan atau perkahwinan ketika umur masih di bangku sekolah bukanlah budaya baharu dalam kalangan masyarakat kita. Meskipun ada sesetengah ibu bapa tidak bersetuju kerana masih muda lagi, namun siapalah kita untuk menafikan jodoh yang tertulis sejak di Luh Mahfuz lagi.

Semalam pergi sekolah…esoknya bergelar pengantin

Seperti diketahui umum, calon SPM 2022 baru sahaja menamatkan peperiksaan masing-masing pada bulan Mac ini. Ada yang settle awal, malah ada juga yang baru ‘merdeka’ pada minggu lepas. Namun rezeki jodoh awal gadis yang dikenali sebagai Zetty Aziz ini, dia telah disunting oleh lelaki pilihannya sejurus tamat SPM.

Baru masuk usia 18 tahun…tapi pengantin dilihat cukup teruja bergelar isteri

Wedding planner Harry Zulhairi malah memuat naik video penampilan Zetty yang baru pulang dari sekolah, serta bergelar Raja Sehari pada hari berikutnya. Meskipun baru menginjak usia 18 tahun, tetapi gadis ini dilihat cukup gembira dan bersedia untuk menggalas tugas sebagai isteri kepada pengantin lelaki. Secara keseluruhannya, klip video berkenaan malah meraih hampir 2 juta tontonan setakat ini di TikTok.

@harryzulhairi

semalam pergi sekolah, hari ni pergi kawin….. #fyp #foryoupage #fypシ #fypシ゚viral #fypp #pelaminmersing #pelaminrompin #pelaminendau #malaywedding #kerjakawin #pelamindewan #pelamincanopy #pelaminnikah #pelaminmini

♬ original sound – 🕸KroNoLoC🕸 – 🕸KroNoLoC🕸

Tahniah rezeki jodoh awal…keluarga pun mudahkan urusan nikah anak-anak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan Zetty kerana berani menjejakkan kaki ke alam rumah tangga sejurus tamat SPM. Selain ucapan tahniah, mereka turut terpegun melihat kecantikan pengantin terutamanya dalam persalinan berona biru gelap tersebut.

Rezeki Jodoh Awal, Gadis Terus ‘Upgrade’ Jadi Pengantin Sehari Lepas Tamat SPM