“Cepat-cepat sembuh betulkan mana yang longgar dan silap” – Nasihat Sharnaaz buat Hafidz Roshdi

“Cepat-cepat sembuh betulkan mana yang longgar dan silap” – Nasihat Sharnaaz buat Hafidz Roshdi

Kemelut rumah tangga yang dilalui pelakon Hafidz Roshdi sememangnya mencari perhatian orang ramai lebih-lebih lagi terjadi kontroversi sehingga dibawa ke mahkamah majistret.

Semalam, Hafidz mengaku tidak bersalah diatas pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada isterinya, Nurul Shuhada Mohd Shukri sehingga mengalami 10 jahitan.

Hakim juga memerintahkan agar pelakon itu dihantar ke Hospital Bahagia bagi mendapatkan rawatan psikiatri selepas dipercayai mempunyai masalah bipolar.

Nasihat untuk perbetulkan mana yang bermasalah

Walaupun ramai mengecam tindakan yang telah dilakukan, namun rakan artis, Sharnaaz Ahmad telah menitipkan pesanan matang kepada sahabatnya itu dengan memberikan sedikit nasihat sebagai semangat untuknya terus bangkit.

“Sahabat, dunia ini kadang-kadang pelik, Allah tengah uji awak dan keluarga, stay strong buat awak dan isteri…cepat-cepat sembuh dan kembali perbetulkan mana-mana yang longgar dan silap. You can get thru this brother!” tulisnya.

Harap pengikut tak curah api lagi

Dalam pada itu, Sharnaaz juga sempat berharap agar orang ramai terutamanya pengikutnya di Instagram supaya tidak menjadi batu api memanas-manaskan keadaan pelakon itu yang sedang ditimpa masalah.

Dia juga berdoa supaya Hafidz dan Shuhada masing-masing mendapatkan kembali kebahagian walaupun bukan bersama semula.

“2.1 juta pengikut aku ni tolonglah jangan mencurah minyak pada api…semoga dia kembali sihat, dan isterinya kembali mencari kebahagiaan walau bukan bersama dia,” ujarnya.

 

Ambil yang positif, jangan semua nak negatif

Bapa kepada Jebat Jayden itu turut berharao agar semua pihak mengambil sahaja positif sesuatu perkara dan tidak memandang terlalu negatif sesuatu hal yang telah berlaku.

“Cuba ambil yang positif, tak cukup ke negatif dalam harian kita?” katanya.

Terdahulu, Hafidz Roshdi telah memaklumkan yang dirinya masih lagi menyayangi Shuhada dan mahu berdamai dengan cara yang baik. Dia yang keluar dari kompleks mahkamah dengan tangan bergari dilihat sugul dan memaklumkan amat merindui anak-anaknya sebelum di bawa ke Hospital Bahagia.