“Cepat sikit hantar saman tu” – Caprice cabar Ebit Liew hantar surat saman segera, bukti pihak Mondy sudah kukuh
Susulan daripada pendedahan Mondy Tatto di dalam satu podcast yang dikendalikan oleh Caprice, Ustaz Ebit melalui hantaran di Facebook telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut.
Bagaimanapun, seakan tidak gentar dengan hantaran itu, Caprcice meminta pendakwah bebas itu supaya segera menghantar surat saman kepadanya.
“Kalau boleh cepat sikit hantar saman tu. Supaya pihak Mondy boleh saman balik sekali dengan bukti,” katanya.
Menerusi klip video tersebut juga, dipaparkan perbualan secara langsung di TikTok antara Mondy bersama Ustaz Ebit Lew dengan seorang pendakwah.
Dalam perbualan tersebut, Ustaz Ebit Lew mengatakan Mondy telah banyak belajar agama, solat dan mengaji dari isterinya. Walau bagaimanapun, Mondy menafikan kenyataan itu.
“Aku belum pernah bertemu dengan isterinya. Ini bukan fitnah, ini bukan cakap kosong. Satu masa nanti akan terbukti kebenarannya,” katanya.
Dalam pada itu juga, Caprice menyatakan akan memuat naik pendedahan Bahagian 2 dan Bahagian 3 dibuat oleh Mondy pada Jumaat ini.