“Cepatnya, baru je kahwin” – Nampak ‘baby bump’, netizen dakwa Nad Zainal hamil?

“Cepatnya, baru je kahwin” – Nampak ‘baby bump’, netizen dakwa Nad Zainal hamil?

 

Baru sahaja melangsungkan pernikahan pada 23 Januari lalu, pelakon popular, Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin telah menarik perhatian ramai gara-gara bentuk fizikalnya yang kelihatan seperti ‘baby bump’ telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Nad di laman Instagramnya, kelihatan dia sedang mengulas sebuah produk berasaskan susu kambing.

Tahniah Nad!

Dalam video tersebut, ramai yang mendakwa mereka ternampak perubahan bentuk fizikal di bahagian perut Nad Zainal seperti ‘baby bump’ dan disebabkan itu, netizen menzahirkan ucapan tahniah buat aktres tersebut.

Buncit sebab makan je

Bagaimanapun, Nad menafikan spekulasi yang dia kini sedang berbadan dua malah, memaklumkan perutnya membuncit selepas makan.

Perkara biasa untuk ibu yang ada anak

Dalam pada itu, segelintir netizen menitipkan nasihat buat orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum memberi sebarang komen kerana bimbang boleh mengguriskan hati seseorang.

Malah, rata-rata individu yang sudah bergelar ibu memahami apa yang dialami oleh Nad Zainal dimana pada kebiasaannya fizikal seseorang akan berubah apabila melahirkan anak.

Sebelum ini, Nad pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

Bagaimanapun, mereka telah membuat keputusan untuk berpisah baru-baru ini namun, asbab dan tarikh penceraian tidak dimaklumkan kepada umum.

Kemudian, Nad Zainal telah mengejutkan ramai apabila dia selamat diijab kabulkan sebagai isteri kepada pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari bersamaan dengan 1 Rejab 144 Hijrah.