Chef Burak menangis rayu bantu mangsa gempa bumi di Turkiye, tiada lagi senyuman

Chef Burak menangis rayu bantu mangsa gempa bumi di Turkiye, tiada lagi senyuman

 

Chef selebriti kelahiran TurkiyeCZN Burak yang popular menerusi video memasak sambil melemparkan senyuman dilihat menangis teresak-esak susulan tragedi gempa bumi melanda bahagian tenggara negaranya dan sempadan Syria.

Menerusi satu ciapan IlmFeed di laman Twitter, difahamkan chef berusia 29 tahun itu menggesa pengikutnya di serata dunia bagi menghulurkan sumbangan supaya dapat meringankan beban mangsa yang terjejas.

Kalau mampu bantu, bantulah

“Chef Turki, CZN Burak yang popular dengan video masakan cerianya dilihat menangis  apabila merayu orang ramai untuk tampil membantu dalam apa cara sekalipun,” tulis ciapan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan warganet turut sebak melihat kesedihan Chef Burak apatah lagi tidak pernah melihatnya menangis meskipun dilaporkan menghidap sakit tumor otak sebelum ini.

Malah, segelintir individu turut mendoakan semua mangsa terlibat diberikan kekuatan dan pasukan yang membantu juga dipermudahkan urusan di sana.

Chef penuh dengan senyuman, kali ini menangis

Meruntun hati…

Moga dipermudahkan

Sementara itu, menerusi sebuah video dimuat naik di aplikasi TikTok, dia turut melakukan misi bantuan dengan membawa bekalan makanan dan barangan keperluan ke Hatay selain beberapa wilayah lain bersama pasukannya.

Semoga dipermudahkan!

@cznburak

Yolculuk Hatay’a ve sırayla diğer illerimize Tırlarımızı çıkartıyoruz😔🤲

♬ orijinal ses – cznburak