Chef ini kongsi cara masak beras basmati yang betul, mesti menjadi

Chef ini kongsi cara masak beras basmati yang betul, mesti menjadi

 

Beras basmati ini kalau dilihat pada harga agak mahal berbanding beras biasa jadi pastinya teknik masakan juga berlainan.

Pengguna Facebook, Se Zemi berkongsi tips sebenar cara masak nasi menggunakan beras basmati di halaman ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini’.

Tips masak beras basmati

Nasi akan jadi lembut dan peroi (mudah pecah-pecah atau berderai).

Sediakan beras

Langkah yang paling utama dalam mendapatkan nasi yang lembut dan peroi adalah dengan merendamkan beras ni selama 1 hingga 2 jam di dalam air terlebih dahulu.

Ia adalah untuk bagi beras mendapatkan semula kelembapan semulajadinya.

Ini adalah kerana beras ni dah di rebus terlebih dahulu dan dia jemurkan. Macam yang saya terangkan dalam artikel saya sebelum ini kenapa dan mengapa ianya di rebus dahulu dan di keringkan.

Tips penting: Jika ada garam bukit atau sea salt boleh lah masukkan sedikit kedalam air rendaman.

Rendamkan beras adalah langkah paling utama.

NISBAH SUKATAN (AIR : BERAS)

  • Selain rendam beras nisbah sukatan air kepada beras juga adalah sangat sangat penting untuk menjadikan nasi lembut dan peroi.
  • Nisbah air atau cecair dan beras haruslah diberi perhatian, harus disukat dengan betul dan tak boleh main agak-agak macam kita perasakan garam kepada masakan yer.
  • Jika terlebih air nasi akan jadi lembek melekat dan tak berderai, dan jika terkurang air nanti nasi tak akan jadi gebu dan akan keras bila ianya menjadi sejuk nanti.
  • Jadi sila beri perhatian kepada sukatan nanti yer.
  • Saya menggunakan nisbah sukatan 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air atau air dengan cecair lain seperti susu ataupun santan.
  • Selalunya saya gunakan sukatan ni untuk jenis beras pusa, kashmir dan juga mogul. In syaa allah tak pernah lagi mengecewakan lagi setakat ni.
  • Jika nak lebihkan cecair, pastikan jangan lebihkan dari sukatan 1 1/2 cawan bagi 1 cawan beras yer.

TEKNIK DAN KAEDAH MEMASAK

Ada tiga kaedah memasak yang sesuai digunakan mengikut jenis nasi yang kita nak masak:

  • Kaedah menumis beras dahulu: Kaedah ni selalunya di tumiskan semua bahan-bahan tumis di dalam periuk nasi dan masukkan air dengan sukatan yang betul, dibuarkan cecair mendidih terlebih dahulu baru dimasukkan beras.
  • Kaedah mendidihkan air ikut sukatan: Bagi kaedah ni pulak rempah rempah ditumis asing dan dicampurkan sekali dengan cecair, sama juga didihkan ceccair sblm masukkan beras kedalam.
  • Kaedah didih air tanpa sukatan: Kaedah ni selalunya digunakan bagi yang dah kerap kali masak beras jenis ni dan selalunya masak dalam kuantiti yang banyak.