Cik Pia dedah bapa mentua letak syarat, punca bekas suami nikah kali ke-3 di luar negara?

Cik Pia dedah bapa mentua letak syarat, punca bekas suami nikah kali ke-3 di luar negara?

 

2 hari lalu, Tash Yong telah mengesahkan pernikahannya dengan influencer dan Guru TikTok, Boss Kay yang dilangsungkan di luar negara pada bulan Ramadan lalu.

Tambah artis ini, mereka juga dalam persediaan mengadakan majlis resepsi pada bulan Novermber nanti.

Mana mungkin kau datang dalam kehidupan dia selepas kami ditalakkan, mana mungkin

Lelaki berkenaan juga sudah berpisah secara rasmi dengan Noraini Noni dan juga Nursufia Johari.

Namun semalam, siaran langsung yang dibuat oleh Cik Pia sekali lagi menjadi perhatian netizen.

TikTokers berkenaan dedahkan satu kenyataan di mana bapa mentua Bosskay telah meletakkan syarat untuk ‘melepaskan’ dahulu 2 isteri lama jika ingin menikahi puterinya.

Saya tak salahkah langsung bapa dia…Sebenarnya bapa dia sedang menguji si lelaki

Cik Pia langsung tidak menyalahkan tindakan orang tua berkenaan, bahkan dia melihat itu sebagai kebimbangan seorang ayah yang enggan anak perempuannya berkahwin dengan lelaki tersebut.

Syarat yang sukar itu sepertinya sengaja ditetapkan supaya anaknya akan berfikir panjang. Namun akhirnya selebriti itu tetap memilih untuk mendirikan rumah tangga.

@lynn_ishak

Patutnya Mstar interbiu bekas is3² si BK ni.. 🤨 #tiktokersmalaysia #fypbagitahu #masukberandamalaysia #cikpia #bosskay #sahabatbosskay #bosskaykahwinbaru #poligamibukanjenayah

♬ original sound – Lynn ishak – Lynn ishak

Dia kahwin di luar negara sebab bapa & mak dia tak setuju…Bapa dia beri syarat supaya anak tu fikir

Jauh di sudut hati, Cik Pia memahami naluri hati seorang ayah mahukan yang terbaik dalam hidup si anak.

Berkenaan pilihan bernikah di luar negara katanya kerana fitnah dan campur tangan orang, Cik Pia menjelaskan pengantin baru itu sebenarnya tidak mendapat persetujuan dan restu keluarga.

@lynn_ishak

Replying to @mas_michiko2 Doa org yg teraniaya ni mustajab… Ingt yg tu jer bila nk buat jahat sesama manusia.. #cikpia #fypbagitahu #tiktokersmalaysia #surirumah #fypplzz #yangviralsekarang #poligamibukanjenayah #bosskay

♬ Andai Itu Takdirnya (OST “Andai Itu Takdirnya”) – Vanessa Reynauld