Cinta tiga segi punca pergaduhan di HPRB Ipoh [video/gambar]

Cinta tiga segi punca pergaduhan di HPRB Ipoh [video/gambar]

Perselisihan faham antara dua keluarga berkaitan isu cinta dipercayai menjadi punca yang membawa kepada kekecohan di pekarangan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini yang videonya tular pada Sabtu.

Kekecohan yang berlaku sekitar jam 12.20 tengah malam pada Jumaat itu melibatkan sekumpulan lelaki warga tempatan yang mahu menghantar mangsa yang cedera ke hospital.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam isu berkenaan, pihaknya telah menerima dua laporan berkaitan dua kejadian berasingan, namun saling berkaitan.

Menurutnya, sebelum kejadian kekecohan itu, berlaku satu kes mendatangkan kecederaan oleh seorang lelaki menggunakan senjata tajam.

“Kejadian itu telah mengakibatkan tiga individu mengalami kecederaan dan menerima rawatan di HRPB.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan berlakunya perselisihan faham antara dua keluarga mengenai isu percintaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

Beliau berkata, kekecohan yang berlaku di hospital adalah melibatkan sekumpulan lelaki yang ingin menghantar mangsa-mangsa cedera berkenaan ke hospital.

Bagaimanapun katanya, berlaku perselisihan faham dengan pengawal keselamatan hingga membawa kepada insiden kekecohan di pekarangan Jabatan Kecemasan hospital terbabit.


.

.

.

.