Conteng kereta dengan perkataan b*bi, individu dipercayai budak diburu polis

Conteng kereta dengan perkataan b*bi, individu dipercayai budak diburu polis

 

Disaat netizen heboh dengan kemelut rumah tangga pelakon dan pengarah terkenal, tular sebuah insiden vandalisme terhadap beberapa kereta di Pulau Pinang di Facebook InfoRoadBlock. ‘Posting’ tersebut memaparkan tangkap layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kepingan gambar kereta yang diparkir diconteng di tempat awam.

Insiden itu dilaporkan berlaku di Tingkat Kenari, Desa Ria, Sungai Ara, Penang di antara 2.00 hingga 2.30 petang pada 6 Januari lepas. Jika dilihat dari kepingan gambar yang tular, kereta yang terlibat telah diconteng dengan perkataan b*bi dengan penyembur warna di bahagian sisi pintu.

Perbuatan vandalisme itu disyaki dilakukan oleh seorang kanak-kanak berbaju melayu berwarna ‘peach’. Berhubung dengan insiden ini, Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal telah mengesahkan pihaknya menerima lima laporan polis daripada pemilik kereta tersebut dan sedang menyiasat perbuatan khianat itu dibawah Se*syen 427 Kanun Kese*saan.

Tular Budak ‘Spray’ B*bi Di Kereta, Kini Diburu Polis

Pihak polis juga giat mengesan identiti kanak-kanak itu selain menyeru mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek supaya menghubungi pegawai penyiasat Wan Muhammad Syamim Wan Azmin di talian 04-8662222.

Tular Budak ‘Spray’ B*bi Di Kereta, Kini Diburu Polis

Melihat ke ruangan komen di ‘posting’ yang dikongsi di Penang Kini, beberapa netizen menyelar tindakan tidak bermoral suspek yang menyebabkan pemilik kereta mengalami kerugian kerana bukan murah untuk memadam semburan tersebut.

Tular Budak ‘Spray’ B*bi Di Kereta, Kini Diburu Polis

Selain itu, ada juga netizen yang tampil memberi sedikit maklumat berkenaan identiti suspek yang kini menjadi buruan polis.

Tular Budak ‘Spray’ B*bi Di Kereta, Kini Diburu Polis