‘Couple viral’ borak dalam kereta dah putus, bekas kekasih siap minta pulangkan semula hadiah
Hanya bermula dengan perbualan santai di dalam kereta, pasangan yang viral baru-baru ini akhirnya menemukan titik noktah bagi kisah percintaan mereka.
Hal ini dimaklumkan sendiri di laman TikTok gadis tersebut setelah menunjukkan perbualan di antara mereka melalui WhatsApp.
@cheeksiti From a simple harmless conversation to this. Thank you (;
Tak mampu jadi pasangan terbaik…
Menerusi video itu, bekas kekasih gadis tersebut mengatakan tidak lagi mampu untuk menjadi pasangan terbaik dan meminta gadis itu untuk pulangkan semula hadiah yang pernah diberinya sebelum ini.
Lelaki itu juga sempat menasihati bekas kekasihnya untuk mencari lelaki seperti yang gadis itu impikan.
Minta pulang balik semua barang pemberiannya
Kelihatan sebuah Macbook, AirPods, dua pasang kasut serta beberapa lagi barang berjenama lain dipercayai akan dipulangkan semua kepada lelaki tersebut.
Rata-rata netizen di ruangan komen video tersebut banyak memberi pendapat dan nasihat dengan situasi yang telah berlaku.
‘Terlalu fokus red flag pasangan sampai lupa diri sendiri pun ada kekurangan…’
Ada juga yang berpendapat, perbualan tersebut tidak perlu dikongsikan di sosial media pun.
‘Dua-dua layak dapat pasangan yang lebih baik!’
Pasangan ini tular sebelum ini apabila perbualan santai mereka di dalam kereta mengenai topik wanita lain bertukar menjadi satu topik yang tegang.
@cheeksiti Replying to @babyshayang 🫠🫠 #fyp
Seperti yang dilihat di dalam video, gadis tersebut memulakan perbualan dengan teman lelakinya yang akhirnya tersinggung dengan jawapan yang diterimanya.
Susulan itu, pelbagai pendapat dan reaksi netizen lain diterima sehingga video tersebut mendapat 1.7 juta tontonan dan lebih 5,000 komen.