Covid-19 : 9180 kes baharu, 77 kematian sambut permulaan tugas Ismail Sabri sebagai TPM

Covid-19 : 9180 kes baharu, 77 kematian sambut permulaan tugas Ismail Sabri sebagai TPM

Sebanyak 9,180 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jangkitan keseluruhan 817,838 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ia jangkitan harian tertinggi setakat ini. Rekod terdahulu dicatat pada 29 Mei lalu dengan 9,020 kes harian.

Lembah Klang terus merekodkan jangkitan harian tertinggi dengan Selangor (4,400 kes) dan Kuala Lumpur (1,271 kes).

Sementara itu, 77 lagi kes kematian direkod hari ini menjadikan jumlah keseluruhan korban Covid-19 seramai 5,980 orang.

Seramai 959 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 465 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Status ringkas Covid-19:

Jumlah kes sembuh baru: 5,713 kes
Jumlah kumulatif kes sembuh: 731,193 kes (89.41 peratus)
Jumlah kes baru Covid-19: 9,180 kes
Jumlah kumulatif: 817,838 kes
Jumlah kes aktif: 80,665 kes
Kes tempatan: 9,173 kes (7,122 WN, 2,051 BWN)
Kes import: 7 kes (2 WN, 5 BWN)
Jumlah kematian baru: 77 kes (73 WN, 4 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 5,980 kes (0.73 peratus)
Jumlah kes di ICU: 959 kes
Pesakit Covid-19 Intubated: 465 kes
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 4,400 (277,393)
WPKL – 1,271 (86,313)
Johor – 315 (74,037)
Sabah – 323 (71,791)
Sarawak – 406 (68,247)
Negeri Sembilan – 899 (51,213)
Pulau Pinang – 142 (36,196)
Kelantan – 151 (35,902)
Perak – 241 (28,758)
Kedah – 417 (27,838)
Melaka – 222 (20,762)
Pahang – 214 (15,601)
Terengganu – 82 (11,671)
WP Labuan – 80 (9,002)
WP Putrajaya – 16 (2,511)
Perlis – 1 (603)

Sumber – Malaysiakini