Covid-19 : Kes baharu kembali melonjak kepada 1482 kes dengan 7 kematian

Covid-19 : Kes baharu kembali melonjak kepada 1482 kes dengan 7 kematian

Sebanyak 1,482 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 345,500 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua daripada kes positif baharu itu membabitkan kes import manakala selebihnya jangkitan di dalam negara.

Beliau berkata, sebanyak 1,070 kes pulih dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 329,624 kes.

“Tiga negeri dengan kes tertinggi ialah Selangor mencatatkan 661 kes, Pulau Pinang (200) dan Sarawak dengan 176 kes.

“Terdapat tujuh kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kes kematian sebanyak 1,267.

“Selain itu, 164 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 kes menggunakan bantuan alat pernafasan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. – HM