Cuci ‘microwave’ dengan mop, tindakan pekerja kedai serbaneka terkenal buat ramai rasa loya

Ketuhar gelombang mikro atau microwave sudah menjadi peralatan elektrik yang biasa kita lihat di kedai serbaneka. Bagi mereka yang mahu panaskan makanan dengan pantas, panaskan sahaja makanan dibeli di sini dan anda sudah boleh terus nikmatinya.
Namun, seorang pengguna Twitter, Ashraf mahu pengendali kedai serbaneka terkemuka di Malaysia mengambil tindakan terhadap seorang pekerjanya yang dirakam membersihkan microwave di salah satu cawangannya dengan menggunakan mop.
Hello @7elevenmalaysia , tolong la brief staff korang untuk buat pembersihan dgn cara yg betul. Mop lantai pun masuk dalam microwave. Pengotor oi ! pic.twitter.com/RrvPTH2W4u
— Ashraf (@AshrafChak) January 22, 2023
Rata-rata netizen yang melihat gambar tersebut merasa terkejut dan tidak pernah terfikir dalam fikiran untuk menggunakan mop bagi membersihkan peralatan elektrik. “Selama aku hidup ni kali pertama tengok orang mop dalam microwave!” tulis salah seorang netizen.
Menurut komen salah seorang pekerja di rangkaian tersebut, beliau berkata mereka tidak diajar untuk melakukan perbuatan seperti itu. “Ini semuanya adalah ‘common sense’. Boleh buat aduan e-emel kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya. HQ akan periksa CCTV,” ujarnya.
“Selama aku kerja di sini waktu habis SPM, tak pernah lagi bersihkan microwave pakai mop. Belajarlah basic pembersihan, mop itu guna untuk bersihkan apa? Kain lap guna untuk bersihkan apa? Dah 2023 masih lagi ada orang tak guna akal fikiran,” komen seorang lagi pengguna.
Sbg bekas pekerja 7E, kami x diajar utk melakukan perbuatan ini. Ini semuanya adalah 'common sense'. Boleh buat aduan e-mel kpd 7E utk tindakan selanjutnya. HQ akan periksa CCTV.
— ニザム ゲンノスケ。 (@NizamuddinNasir) January 22, 2023
aku yang ex staff 7e pun tak buat gini 💀 ada kain khas kot buat lap microwave 😞
— 🕊️ (@shahtilt) January 22, 2023
Rata-rata netizen lain turut berkongsi pengalaman melihat pekerja pembersihan yang tidak bertanggungjawab menggunakan mop bukan sahaja untuk lantai tetapi untuk membersihkan meja.
“Masa aku kerja kerajaan dulu, pernah jumpa spesis macam ini tetapi orang kita. Bila dekat pukul 5 petang dia akan mop lantai kafeteria, mop meja makan & meja hidang sekali. Kalau ada orang order air, dia tinggal mop dan terus bancuh tanpa basuh tangan terlebih dahulu. Tauke dia pun sama,” tulis Kyrul.
Tindakan membersihkan microwave dengan mop ini bukan sahaja satu tindakan yang jijik, tetapi boleh merosakkan microwave itu sendiri. Difahamkan pekerja kedai serbaneka ini merupakan warga asing dan netizen mahu pekerja ini dikenakan tindakan supaya kejadian yang sama tidak berulang di cawangan yang lain.