“Cucu saya jika ayah dia memandu kereta, dia sanggup berjaga menemani ayahnya ketika ibu dan adik tidur,” – Datuk Zayn Rayyan kongsi sikap terpuji cucunya yang tidak diketahui ramai

“Cucu saya jika ayah dia memandu kereta, dia sanggup berjaga menemani ayahnya ketika ibu dan adik tidur,” – Datuk Zayn Rayyan kongsi sikap terpuji cucunya yang tidak diketahui ramai

Datuk kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, memohon orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyinggung perasaan keluarganya.

“Anak saya sentiasa cuba memenuhi kehendak arwah (Zayn) setiap hari apa saja Zayn mahu dia akan tunaikan.

“Cucu saya jika ayah dia memandu kereta, dia akan berjaga menemani ayahnya ketika ibu dan adik tidur,” – Zahari Mohd Reba

Memetik Kosmo!Online, dia berkata, arwah adalah cucu sulung yang paling disayanginya dan meminta orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang tidak benar berkaitan anak perempuannya.

“Biarlah pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja yang mengeluarkan kenyataan, selagi tidak ada kenyataan netizen tolonglah tutup mulut.

Terdahulu, Zahari melalui Facebooknya memohon supaya orang ramai tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak sahih sehingga mengguris perasan keluarganya.

“Salam semua di luar sana, saya mewakili waris arwah memohon supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak sahih yang mengguris perasan keluarga kami.

“Setiap hari keluarga kami menghadapi gangguan emosi, Zayn Rayyan adalah cucu kesayangan kami,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Justeru itu, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana ada unsur jenayah.

Pada 6 Disember, Kosmo! melaporkan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya, pada pukul 10 malam.