“Cukup segala derita ditanggung” – Ibu mentua nak lihat Puteri Sarah bahagia

“Cukup segala derita ditanggung” – Ibu mentua nak lihat Puteri Sarah bahagia

 

Mungkin ramai sudah bosan dengan konflik rumah tangga antara Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof. Namun, perkongsian-perkongsian yang dibuat oleh Sarah dan ahli keluarga mereka menyebabkan ramai yang kembali memberikan perhatian.

Ibu mentua sentiasa sokong Sarah

Salah satu yang sentiasa menjadi sorotan ramai adalah posting yang dibuat oleh ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail apabila kerap memuat naik kenyataan menyokong menantu tersayang yang sedang berjuang untuk kebahagiaannya.

Menerusi perkongsian terbaru Datin Patimah di Insta Story, dia telah menyuarakan hasrat untuk melihat menantunya itu bahagia dan keluar dari segala penderitaan yang dirasai.

Sokongan yang dibuat oleh isteri kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam itu berkemungkinan susulan daripada tindakan Puteri Sarah yang telah membuat tuntutan penceraian terhadap Syamsul selepas menghadapi kemelut rumah tangga selama 4 tahun.

Lebih membuatkan pelakon itu nekad menamatkan perkahwinannya adalah disebabkan tindakan suami yang mengaku telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.

Terdahulu, Datin Patimah ada meluahkan kekecewaan dengan tindakan anaknya Syamsul namun masih bersedia untuk memaafkan.

Namun, dia dengan tegas tidak akan menerima Ira Kazar dan keluarga kerana telah membuatkan menantu serta cucu-cucu kehilangan kasih sayang ketua keluarga.

Datin Patimah juga dilihat begitu menyokong Puteri Sarah dan sentiasa memberikan kata-kata semangat buat pelakon tersebut supaya kuat mengharungi dugaan ini serta berjuang untuk kebahagiaan sendiri.