“Cuma perlu tambah 1 bahan ini saja” – Ramai tak tahu goreng ikan bilis pun ada teknik, ikut panduan Rizal Tomyam ini

“Cuma perlu tambah 1 bahan ini saja” – Ramai tak tahu goreng ikan bilis pun ada teknik, ikut panduan Rizal Tomyam ini

 

Ikan bilis goreng merupakan sejenis lauk yang cukup sederhana namun sangatlah ‘berhantu’ sehingga menyebabkan nasi ditambah ke dalam pinggan berkali-kali.

Meskipun cara penyediaan ikan bilis goreng ini mudah sahaja, tetapi kerangupannya bukan mudah dikekalkan sekiranya tidak menggunakan teknik masakan yang betul.

Hanya perlu menambahkan satu bahan, berikut adalah teknik menggoreng ikan bilis berdasarkan panduan tukang masak dan pencipta kandungan TikTok, Rizal Tomyam.

Sangat disarankan untuk dicuba, ikan bilis juga dijamin tidak akan cepat lemau atau masuk angin malah bertahan dengan lebih lama sekiranya panduan mudah ini diikuti.

Bahan-bahan:

  • 500 gram (g) Ikan Bilis
  • Lima sudu besar Tepung Jagung
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah penyediaan:

1. Basuhkan ikan bilis anda sebersihnya hingga tiada lagi habuk yang melekat.

2. Kemudian, masukkan ikan tersebut ke dalam penapis sebelum ditoskan supaya air basuhan benar-benar kering.

3. Selepas kering, tuangkan ikan ke dalam bekas lain kemudian tambahkan tepung jagung pilihan anda yang telah disediakan sebentar tadi.

4. Gaulkan kedua bahan tersebut sehingga semua ikan disaluti dengan tepung jagung.

5. Pastikan minyak sudah panas dan masukkan kesemua ikan bilis. Api tidak boleh ditetepkan kepada suhu yang terlalu tinggi kerana dikhuatiri hangus.

6. Pastikan kesemua ikan tenggelam di dalam minyak dan gorengkan sehingga tiada lagi buih di dalam kuali agar kerangupannya lebih tahan lama.

@rizaltomyam0890

Tips cara goreng ikan bilis rangup krup krap #rizaltomyam #fyp

♬ bunyi asal – rizal tomyam – rizal tomyam