Curi air Bomba, Siti Zailah ajar rakyat Kelantan cara mudah dapatkan air bersih

Curi air Bomba, Siti Zailah ajar rakyat Kelantan cara mudah dapatkan air bersih

Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff tampil mempertahankan tindakan dalam isu penggunaan air dari pili bomba yang tular di media sosial ketika ini.

Memetik Malaysiakini, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menganggap tidak timbul istilah mencuri dalam kes berkenaan, malah menjelaskan penggunaan saluran paip di negeri itu adalah “secara bersama” antara Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Justreru kata pemimpin PAS itu, tindakannya mengambil air dari paip JBPM itu hanyalah untuk memudahkan orang ramai yang memerlukan.

Jelasnya, tindakan pasukan khidmatnya mengambil air dari pili JBPM Kelantan pada 18 April lalu itu memang dalam pengetahuan pihak bomba.

Dia juga memberitahu idea untuk menggunakan air dari pili bomba itu dicadangkan oleh AKSB sendiri.

“Bomba bantu cara untuk buka dan ambil air dari pili bomba. Pihak AKSB mencadangkan supaya bekalan air diambil dari pili bomba kerana air AKSB adalah menggunakan saluran sama dengan saluran pili bomba.

“Dan air tidak akan habis dan kering kerana sentiasa ditambah secara automatik apabila berkurang.

“Apa yang Kak Lah buat hanya untuk memudahkan orang ramai di tempat yang tidak dapat capaian air paip,” katanya.

Kenyataan Siti Zailah itu dipaparkan dalam hantaran dikongsi Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) hari ini.

Angkut air setiap hari

Semalam Siti Zailah tampil menafikan dakwaan dia “mencuri” air dari pili bomba untuk kegunaan penduduk di kawasan Rantau Panjang pada April lalu bahkan dia menegaskan tindakan tersebut sudah mendapat kebenaran daripada AKSB.

Langkah tersebut, katanya, dibuat dengan kerjasama Balai Bomba Rantau Panjang.

Bagaimanapun, Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin, menafikan kebenaran telah diberikan pihaknya.

Terdahulu Terdahulu, Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, Siti Zailah sedang disiasat atas dakwaan mengambil air dari pili bomba.

Ini berikutan hantaran di Facebook ahli parlimen PAS itu bulan lalu yang memaparkan dia aktif mengusahakan bekalan air bersih bagi kegunaan penduduk.

Ia termasuk gambar yang dimuat naik menunjukkan sebuah lori sedang mengambil air dari pili bomba sambil diperhatikan ahli parlimen yang mesra di panggil Kak Lah itu..

Siti Zailah dalam hantaran di Facebooknya petang semalami berkata air itu adalah milik AKSB dan penggunaan pili mendapat kebenaran Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang.

“Tiada berbangkit isu curi air, kami membantu rakyat yang kecemasan memerlukan air. Air itu adalah air AKSB dan telah mendapat kebenaran daripada pihak mereka,” katanya.

Sementara itu Siti Zailah berkata, isu masalah kekurangan tekanan air ini adalah masalah lama dan melibatkan banyak daerah bukan Rantau panjang sahaja.

“Team sukarelawan dari Pusat Khidmat Ahli Parlimen (Rantau Panjang) membantu sehingga jam 4 pagi angkut air setiap hari untuk bantu permintaan rakyat yang memerlukan air.

“Tiada istilah curi air sebab dalam makluman dan pengetahuan pihak AKSB dan pihak bomba,” katanya lagi.