Daftar Muafakat Nasional: Jawapan berbeza antara Abdul Hadi dan Annuar Musa

Daftar Muafakat Nasional: Jawapan berbeza antara Abdul Hadi dan Annuar Musa

Pas menegaskan parti itu tidak gopoh dalam soal pengagihan kerusi dalam Muafakat Nasional selagi tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) belum diumumkan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, apa yang penting ialah Muafakat Nasional perlu didaftarkan terlebih dahulu sebelum membicarakan soal pengagihan kerusi pada PRU15.

“Yang penting semua parti yang terlibat ialah parti yang didaftarkan iaitu Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Itu yang paling penting, ada pun gagasan itu adalah sesuatu yang tidak wajib.

“Sehingga ke hari ini kita telah berjaya mendaftarkan Perikatan Nasional, Muafakat Nasional perlu didaftarkan (agar ia) dapat berjalan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Dialog Media bersama Presiden Pas di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Mengulas lanjut, beliau yang merupakan Ahli Parlimen Marang berkata, apabila gabungan itu sudah didaftarkan maka soal pengagihan kerusi akan dibincangkan dengan saksama bagi membentuk sebuah kerajaan kukuh.

“Ada pun dalam soal pengagihan kerusi itu perlu kepada masa dan kita perlu tahu bila pilihan raya.

“Kita tidak gopoh dengan perkara ini. Apa yang penting ialah kita dapat membahagi kerusi dengan cara saksama dan dapat membentuk kerajaan yang kukuh pada akan datang,” katanya.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/114617/BERITA/Politik/Daftar-Muafakat-Nasional-baru-bincang-soal-agihan-kerusi-Abdul-Hadi