“Daging apa ni?” – Bekas suami kirim daging babi untuk anak-anak makan

“Daging apa ni?” – Bekas suami kirim daging babi untuk anak-anak makan

 

Jika ada perasaan was-was, kita harus menyemak dengan lebih teliti daripada mana asal sumber daging tersebut.

Seperti isu yang baru-baru ini menjadi tular di laman Facebook, seorang wanita berkongsi pengalaman anaknya hampir termakan daging babi yang tidak disedari.

Dalam perkongsian cerita Cekta Hermosa, anak-anaknya meminta ayah mereka membeli lauk basah seperti biasa untuk dimasak di rumah.

Namun, dia terkejut apabila anaknya tiba-tiba mesej dan bertanya tentang daging yang dimasak kerana ia bertukar warna putih dan tidak seperti daging lembu biasa.

Wanita itu terus bertanya kepada kawan-kawan Cina dan terkejut mendapat tahu bahawa itu adalah daging babi. Kawan-kawannya juga menasihatkan mereka untuk tidak makan daging tersebut.

“Semoga keluarga sis dan anak-anak dipermudahkan. Kalau benar sengaja dibeli, memang berdosa la bapak budak tu. Kalau salah, tolong laporkan penjual daging di pasar” – Netizen

Tiada huraian foto disediakan.

Selepas posting tersebut menjadi viral dengan 2.2K likes, 2.5K komen, dan 5.2K kongsian di Facebook, ramai netizen memberikan pendapat mereka mengenai isu tersebut.

Hmm, bahaya kalau berlaku begini. Harap pihak berkuasa dapat menyiasat isu ini dengan segera untuk mengelakkannya berulang. Ini membimbangkan bagi orang Muslim!